Rabu, 21 April 2010

LIDAH STOPA ALI MACAM EKOR BUAYA

PAS kaitkan Mantan2 PM Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia Sebagai Peminum Arak..Kurang Ajar Dan Tak Beretika!!

Nampaknya PAS, parti komponen Pakatan Pembangkang semakin terdesak setelah ramai yang mempertikai pengikhtirafan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR sebagai calon PKR bagi Parlimen Hulu Selangor.

Mustapa Ali, seorang pemimpin...
PAS telah mengaitkan pula bekas-bekas Perdana Menteri sebagai peminum arak tegar. Yang hidup tak apa lagi. PM kita yang meninggal dunia juga dikaitkan. Apa yang kamu dapat wahai Mustafa Ali oii.. Bukan hendak disedekahkan kalimah Al Fatihah pada 2 bekas Perdana Menteri kita ini. Dihina lagi. Kamu lupa PAS pernah bekerjasama dengan Tun Abdul Razak semasa tahun 1970 an dahulu?

PAS yang sebelum ini terlalu banyak menghina, mencerca dan memaki hamun Pemimpin UMNO sebagai rendah moral telah menerima Zaid Ibrahim selaku rakan sekutu mereka. Walhal mereka tahu Zaid Ibrahim bukan seorang pemimpin yang menerima fahaman PAS.

Bermula dengan kes saman Zaid Ibrahim terhadap PAS mengenai perlaksanaan Hudud, kemudian dicerca Nik Aziz sebagai nyanyuk dan akhir sekali seorang peminum arak, adakah ini ciri-ciri pemimpin yang diinginkan PAS?

Ini persoalan yang timbul di kalangan masyarakat. Dahulu kamu berkata tidak dapat menerima pemimpin yang bukan bercirikan Islam, yang mempunyai moral yang rendah apatah lagi seorang peminum arak. Kenapa pula kini lain pula ceritanya?

Dek kerana mengikut telunjuk Sang Manusia bernama Anwar, kamu beralah.. Banyak kali sudah PAS beralah. Akhir sekali, Islam yang kamu katakan menyusuk dalam badan kamu pun terbuang begitu sahaja.

Ini realiti. Kerana PAS yang dahulu bangga dan bongkak mengatakan pemimpin mereka tinggi akhlaknya, tinggi moralnya, tinggi ilmu agamanya... Semua tinggi lah. Memang, seorang pemimpin bernama Zaid Ibrahim pun ada ciri-ciri tersebut. Heh?

Tepuk dada, tanya hati anda..
See More