Khamis, 22 April 2010

PAS 4 ISRAEL


PAS and ISRAEL…FOR ALL

Walaupun
PAS tidur sebantal dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tetapi
ramai mahu melihat pendirian tegas parti itu dalam pilihan raya kecil
Parlimen Hulu Selangor apabila calon PKR Datuk Zaid Ibrahim digambarkan
seorang peminum arak tegar.

Ikut ceritanya PAS mulanya dikatakan jadi serba salah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Zaid.

Malah
ada sumber yang berkata PAS akan terus membantu kempen tetapi dibuat
ala kadar sahaja bukan bersungguh-sungguh kerana tidak mahu dalam
dilema mengenangkan latar belakang Zaid yang pernah saman Hudud dan
diselubungi oleh dakwaan tahi arak dan tahi judi.

Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak mahu komen panjang pasal
peribadi Zaid kecuali menyimpulkan bahawa calon PKR itu sudah
menunaikan Haji dan Insyaallah akan berubah.

Naib
Presidennya Salahuddin Ayob ketika diminta mengulas isu Zaid kata PAS
tidak setuju kempen serangan atau memburukkan peribadi calon.
Sebaliknya ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir, calon BN
Rohaizat Othman jadi mangsa Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS yang
menjaja isu Rohaizat beristeri dua.
Zaid pula cuba ‘mengsucikan’ dirinya dengan memberitahu dalam
ceramahnya di Hulu Selangor beliau sudah menelefon Datuk Nik Aziz Nik
Mat yang berada di Mekah bagi mendapat restunya.
Dalam politik sesuatu naiwaitu itu tidak perlu dikata secara
direct.Menyebut nama pemimpin besar lain biasanya ada maknanya yang
tersendiri.
Anwar pula memberitahu Nik Aziz akan turun berkempen di Hulu Selangor sekembalinya dari Mekah.

Kata orang faham-fahamlah mengapa nama Nik Aziz jadi begitu keramat – mengenangkan persepsi terhadap isu Zaid dengan arak.
Terbaru
Setiausaha Agung PAS ,Datuk Mustafa Ali pergi lebih jauh untuk
mengaburkan persepsi terhadap calon PKR itu dengan mendakwa semua bekas
Perdana Menteri kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terbabit arak.

Ada
pemerhati politik yang hairan cara Mustafa mempertahankan Zaid dalam
isu arak mengenangkan pendirian parti itu terhadap hal berkenaan.

Barangkali ini ujian Allah s.w.t kepada PAS terutama di Selangor.

Sebelum
ini, isu arak yang ditentang penjualan secara terbuka oleh Pesuruhjaya
PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali hampir menyebabkan Exco negeri itu
berdepan tindakan disiplin kerana bertelagah dengan Exco DAP Ronnie Liu.

PAS Pusat mengarahkan Dr Hasan ‘tarik brek’ dalam isu itu semata-mata mahu jaga hubungan atas dasar permuafakatan kononnya.

Tiba-tiba di pilihanraya kecil Hulu Selangor PAS berdepan dengan PKR memilih calon yang dikaitkan dengan arak.

Dalam
sidang media Selasa, Mustapha juga mendakwa, selain meminum arak, tiada
pemimpin utama UMNO yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu
"rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala
empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku
mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu
bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bijak cara Mustafa dan PAS berpolitik ibarat telunjuk lurus kelingking berkait.

Isu Zaid peminum agak tegar dipertahankan dan dalam masa sama pakai main borong saja cuba memburukkan pemimpin UMNO.
Bagaimana pula isu Apco Worldwide yang hangat di Parlimen.

Semua orang tahu pakatan pembangkang dakwa 1Malaysia ciplak dari 1Israel dan isu ini juga menjadi bahan kempen hangat di Hulu Selangor.
Di celah-celah semua ini…apakah PAS semacam pungguk rindukan bulan pada Israel?

Ini kalau kita tengok betul-betul pada logo PAS For All.

Rasanya macam kenal.Lakaran grafik logonya seperti ambil semangat dari logo Israel For All.

PAS For All diperkenalkan pada 2004 bagi menarik sokongan kaum lain kepada parti itu dan terus digunakan hingga kini.
Mungkin kini boleh diperkenalkan slogan baru ….PAS and ISRAEL…FOR ALL.

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a