Gambar ini menunjuk projek pembinaan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Tok Guru. Faham lah semua orang bahawa Tok Guru yang dimaksudkan ialah Nik Aziz.
Apa yang peliknya ialah ayat di bawahnya yang memohon sumbangan orang ramai untuk menyiapkan projek tersebut. Sepatutnya kalau dah sebut Masjid Tok Guru , bermakna 100 peratus perbelanjaan adalah dari duit Nik Aziz.
Di Taiping terdapat beberapa buah masjid yang didirikan oleh beberapa individu. 100 % kewangan adalah dari mereka sendiri dan hanya sebuah sahaja masjid yang dinamakan sempena nama ibu invidu yang membina masjid tersebut manakal dua lagi adalah menggunakan nama biasa.
Agaknyalah bila dah siap nanti , adalah tok selampit akan menghikayatkan tentang masjid tersebut adalah dari tuan punya nama sendiri..
Sama macam bidalan Melayu “ Lembu punya susu sapi juga dapat nama”.