Khamis, 22 April 2010

PAS DI MALAYSIA BERFAHAMAN SYIAH DAN WAHABI

Sejak dahulu lagi TM melihat orang Pas tidak seperti umat Islam yang biasa kita temui dalam Umno. Kerajaan Malaysia telah menjadikan Islam agama rasmi negara dan ajaran sunnah wal jamaah imam Shafiie sebagai pegangannya.

Bagaimana pun terdapat juga kelompok-kelompok masyarat Malaysia yang beragama Islam telah menjadikan mazhab lain sebagai pegangan mereka. India Muslim di Malaysia rata-rata berpegang kepada Mazhab Hanafi yang juga merupakan salah satu daripada 4 mazhab dalam sunnah wal jamaah. Dua lagi ialah Hambali dan Maliki.

Kebanyakan orang Pas yang TM kenali cara hidup , amalan dan mazhab mereka tidak seperti yang 4 di atas iaitu bukan sunnah. Bila  TM mendampingi mereka baru lah sedar bahawa mereka leebih kepada mazhab Syiah dan juga Wahabi.  Ucapan-ucapan pemimpin Pas semuanya menjuruskan dan mendedahkan bahawa mereka adalah pengikut Syiah. Syiah yang tidak extrem dan tidak sesat. Itu dakwaan mereka.

Satu ketika dahulu TM pernah mengikuti  dan menyertai aktiviti-aktiviti gerakan Al-Arqam. Ustaz Asshaari juga menentang golongan Syiah dan beliau pernah menulis dengan teliti cara hidup, cara beramal dan amalan-amalan yang bertentangan dengan Sunnah yang diamalkan oleh Syiah. Antara nya mengingati kematian Hasan dan Husin dengan mencederakan diri, solat hendaklah sujud di atas batu suci dari Karbala. Imam Syiah berada dalam lubang dan lebih rendah dari makmum. Ini berlawanan dengan Sunnah di mana tempat Imam di tinggikan sedikit daripada makmum. Selain itu wujud juga amalan menangis di tanah perkuburan dan yang paling siknifiken ialah nikah mutaah, menikah sejam dua dan bercerai. 

Ramai rakan-rakan TM yang tepengaruh dengan mazhab Syiah sehingga dalam perbualan pun mereka melebih-lebihkan Saidina Ali dan mereka ini adalah orang Pas. Pernah satu ketika TM dan rakan-rakan yang berpegang kepada sunnah wal jamaah kerumah beliau dan membawa banyak bahan-bahan rujukan untuk beliau baca, Woi bukan senang hooi....dia lagi hebat berhujah. akhirnya draw. Oklah kalau hang tak mau pakai dan tak mau ikut sunnah tak apa lah, tapi buku ini hang baca lah pelan-pelan.  Hari ini dia masih dengan pegangannya dan tidak mahu berubah.

Hari ini TM mendapat satu kad jemputan yang berbunyi ;

SELAMAT MENYAMBUT 
WILADAH SAIDATINA ZAINAB AL-KUBRA A.S. 
DAN 
MAULIDUR RASUL .

Persoalannya ialah kenapa Zainab didahulukan dan Nabi Muhamad dikemudiankan. Pas juga didapati telah mempertikaikan tarikh kelahiran Nabi Muhammad . Umat Islam di Malaysia telah lama menjadikan 12 Rabiul Awal sebagai hari memperingati hari keputeraan baginda dan pendapat Pas pula ialah kelahiran Nabi  pada hari Isnin 9 Rabiul Awal Tahun Gajah.

Ini menguatkan lagi inferen TM terhadap Pas yang mengamalkan fahaman dan ajaran Syiah.  Di Iran dan negara-negara yang bermazhab Syiah, mereka akan menyambut hari kelahiran Zainab yang dilahirkan pada 5 Jamadil Awal tahun ke 5 Hijrah  pada setiap tahun.  Hari ini perayaan ini juga disambut oleh pengikut Pas di Malaysia.