ISU ARAK
Pas memang anti Umno dan BN ( dulu Perikatan) Pas kritik kilang arak di Shah Alam dan PJ. Pas bertindak membentuk kumpulan militan Styier untuk memusnahkan kilang tersebut dengan apa cara sekali pun.
Akan tetapi bila memerintah Selangor Pas gagal menutup kilang tersebut. Pas lebih berminat dengan membeli syarikat Talam yang sakit dengan belanja besar iaitu RM 392 juta. Berminat untuk merampas tanah YBK di Hulu Selangor. Tujuaan ialah untuk dibangunkan mengikut acuan Dap. Pas juga lebih berminat untuk buat konsert tunjuk punggung di stadium dan membuat ceramah dan membiarkan Dap serta Pkr mempelahap wang kerajaan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan. Contohnya wang JKR berjumlah RM 350 juta lebih yang diperolehi tetapi bangunan dan jalan-jalan di bawah JKR negeri tidak diselenggara dengan baik.
Pas sanggup membiarkan rumah urut dan meluluskan premis arak dengan jumlah yang berlipat ganda dengan alasan kaum lain yang bukan Islam berhak untuk menikmati arak. Sebab itu kita tidak boleh menutup premis jual arak dan kilang arak.
Pas juga sambut membela penagih arak. Tidak hairan lah di Selangor penjualan arak semakin meningkat.
ISU BABI
Sewaktu BN memerintah dan wujudnya penyakit bawaan babi. Kerajaan negeri Selangor ketika itu berusaha untuk mengawal merebaknya penyakit JE bawaan babi. Bila usaha menutup pusat penternakan babi.
Pas berada di barisan hadapan dan melindungi penternak babi. Apabila Dap berhasrat untuk membina pusat pemeliharaan babi bernilai RM 100 juta, Pas memberi lampu hijau dan bersetuju dengan projek tersebut. Bila rakyat Selangor menentang projek Babi Raksasa, Pas kata ia telah diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo dahulu.
Pada hal Khir Toyo hanya bersetuju untuk melakukan kajian pengenalpastian 'modern pig farming' sahaja.bagi pengecilan jumlah ternakan untuk tujuuan pasaran tempatan sahaja. bukan termasuk pemberian tanah dan peruntukan kewangan .
ISU DAGING HALAL
Apabila di sebut daging halal ia termasuklah lembu, kambing dan lain-lain haiwan ternakan untuk boleh dimakan oleh orang Islam. Apabila kejadian empang pecah di Hulu Yam, Kerajaan Khalid langsung tidak membantu penternak yang kehilangan haiwan mereka yang mati akibat kejadian tersebut. Pas , Pkr dan Dap hanya berminat membantu penternak babi yang mati akibat JE dan yang terpaksa dibunuh untuk membendung JE.
Maka benar lah bahawa Pas hanya berpura-pura dalam membentuk semua negara Islam kerana menjadi barua kepada Dap komunis sosialis.