Rabu, 21 April 2010

PKR LESU DI HULU SELANGOR DAN MEMOHON BANTUAN PAS

Tinggal lagi 3 hari untuk berkempen. Kem PKR lesu dan tidak bermaya. Kesemua kawasan peti undi sesak dengan kenderaan jentera BN.
Setiap hari pelbagai program mendekati pengundi dijalankan oleh kesemua komponan parti BN.

Begitu juga dengan parti -parti komponen India seperti MIC, PPP, IPD MIUP dan Makhal Sakthi  terus bekerjasama dengan penuh semangat 1 Malaysia demi kememenangan calon pilihan Kalamanathan.

Dalam kem sebelah PKR pula sepi dan lesu. Ini telah merisaukan 3A.  Ini kerana tidak ramai orang PKR yang sanggup berselinsing lengan untuk bekerja bagi memenangi Anwar dan Zaid . Tambahan pula apabila Dr Halili dan dua orang kuat dari Wanita Pkr keluar parti dan menyertai Umno.

Oleh itu Anwar perlu mendapat bantuan Pas. Fanatik Ortodok Pas mesti turun membantu 3A. Ini arahan Anwar. Sudah tentu 3A mengharapkan Pas akan turun beramai-ramai seperti mana Bagan Pinang.

Jentera atau batalion Pas sanggup menggadaikan jiwa raga mereka bagi memenangkan calon-calon Pas seperti di Manik Urai, Bagan Pinang, Permatang Pasir, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Adalah diharapkan Pas dapat membawa semua jentera lengkap mereka dari seluruh pelusuk Semenanjung. Jika jentera Pas TOTOK turun secara total ke Hulu Selangor , ia memberi impak yang besar kepada PRK kali ini.

Apakah jentera lengkap Pas?
  1. Pas akan membawa peniaga-peniaga  gerai yang sering mengikuti  ceramah-ceramah dan PRK. 
  2. Tantawi akan membawa pemuda-pemudanya dan akan membuat kecoh seperti di Bagan Pinang iaitu kumpulan fisabillilah dengan motto rela mati syahid demi Pas.
  3. Unit muslimah akan digunakan untuk menyebarkan flyer di tepi-tepi jalan, surau, masjid dan bergerak dari rumah ke rumah.
  4. Unit spy mat bond Pas juga akan berkeliaran dalam kem BN untuk mencari maklumat dan mencuri maklumat BN dengan perisisan canggih mereka. 
  5. Unit kenderaan juga akan membuatkan jalan raya sesak bagi menyukarkan jentera BN membawa pengundi. 
Rumusannya ialah Hulu Selangor yang lesu dan sepi di pihak PKR akan kembali riuh rendah seperti mana PRK yang Pas bertanding.

Kepada Puteri Umno hendaklah berwaspada dan sebaiknya bila bergerak hendaklah ada pengawal untuk melindungi dan menjaga keselamatan mereka.

Maklumlah Puteri Umno ni comel-comel berbanding Puteri dan muslimat Pas yang buntuk air.