Hulu Selangor majoritinya Melayu, sudah tentu mereka mahukan Umno untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat sebagai penggubal undang-undang.
Mic Selangor nampaknya tak reti dan tak faham denyut nadi orang P94. Masih mahu mengekalkan calon yang kalah. Agaknya jika G. Palanivel tidak disenaraikan petang ini maka adakaha Mic Selangor akan memulaukan PRK kali ini.
Jika ada unsur sabotaj, eloklah letak calon Umno sahaja. Banyak blog sudah mula menyampah dengan Mic kali ini. Blog Tun Faisal contohnya cukup tak berkenan dengan tindak tanduk yang ditunjukkan oleh Mic Selangor. Blog SAKMONGKOL AK47 juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Mic.
Mugillan pula belum pun disebut sebagai calon sudah diugut untuk dipecat dari Mic. Apa ni MIC??? Ceritanya boleh dibaca di blog Ore Oyabon.
Dalam Umo pun sudah ada tanda-tanda protes sehinggakan ada Exco Pemuda Umno Selangor ingin mencalonkan dirinya dan bermakna dia secara otomatik akan terlucut keahlian Umno. Fikirkan lah jangan terlalu ikut nafsu nanti menyesal seumur hidup. Ini bukan PRU untuk tunjuk protes.