Khamis, 15 April 2010

TAHNIAH KEPADA CALON BN = P. KAMALANATHAN

Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini.

Teka-teki siapa calon BN sudah berakhir dan mulai malam ini BN hendaklah terus bekerja 200 peratus untuk meraih undi yang besar sama seperti PRK Bagan Pinang. Semua komponen BN dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mesti turun untuk membantu calon BN.

Ini lah masa yang baik bagi MIC, IPF, PPP, Makhal Sakthi dan  Malaysian indian United Party (MIUP ) parti yang diasaskan oleh  Datuk Nalakarupan untuk saling membantu satu sama lain dalam konsep 1 Malaysia.

Jangan pula Umno saja yang penuh sana sini tapi muka MIC dan lain-lain tak nampak.