Thursday, April 22, 2010
Mr. P. Kamalanathan, please FORGIVE me
Previously on "P. Kamalanathan takdo degree"
Salam Hulu Selangor. Di sini den dengan rendah diri memohon maaf kepada Mr. P. Kamalanathan kerana menuduh beliau tidak mempunyai degree dan juga dengan sinis mengatakan beliau adalah seorang penipu. Maafkan den.
Tersedar dari kesilapan
Setelah membaca laporan Merdekareview di sini, rupanya ada cara tertentu untuk memastikan sama ado seseorang itu adalah alumni dari Universiti terbabit atau tidak. Bukan main semberono bai. Den ikut panduan dari Merdekareview dan memang boto calon BN iaitu Mr. P.Kamalanathan mempunya Degree/Sarjana Muda Komunikasi dari Edith Cowan University, sebuah universiti dari Negara Australia [link]. Den menyesal dengan sikap terburu-buru den. Bab beliau masuk program berkembar dengan Kolej Olympia itu cito lain dan beliau sudah dibuktikan sahih mempunyai degree melalui laman web rasmi Edith Cowan University.
Click for enlarge. Bukti P.Kamalanathan mendapat degree dari universiti ostalia
Kito akan jumpo
Den cubo usahokan untuk bertemu sendiri dengan Mr. P.Kamalanathan untuk memohon maaf atas ketelanjuran menuduh beliau yang bukan-bukan dalam entri den semalam di Hulu Selangor nanti. Untuk ruang di entri ini, Mr. P. Kamalanathan, please forgive me.
Den cubo usahokan untuk bertemu sendiri dengan Mr. P.Kamalanathan untuk memohon maaf atas ketelanjuran menuduh beliau yang bukan-bukan dalam entri den semalam di Hulu Selangor nanti. Untuk ruang di entri ini, Mr. P. Kamalanathan, please forgive me.
Click for enlarge. Sijil degree dari blog P. Kamalanathan [link]
Prinsip den
Yang benar itu benar, yang salah totap salah. Dalam bab ni den salah dan den mengaku salah. Bilo dah salah kono la minta maaf dongan orang yang kito buek salah tadi. Begitulah ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepado kito semua. Tetapi kejahatan dan kezaliman UMNO/BN totap den akan lawan dalam ruang lingkup demokrasi, Insya Allah.
Entri semalam tidak ditarik
Oh ya, jika Mr. P.Kamalanathan tidak keberatan, den tidak akan tarik entri semalam. Entri semalam tu den kekalkan sebagai ingatan atas sikap terburu-buru den terhadap individu lain. Ia sebagai ingatan yang den ni ponah buek silap. Den ponah jobo. Peringatan ini ponting supayo den tidak mengulangi kesilapan yang samo di maso hadapan. Jangan pisang berbuah duo kali. Kapitalis yo yang suko pisang berbuah 2 kali ni bai. Ha Ha Ha. Tidak dilupokan kepado Merdekareview. Terima kasih kerana membotokan den. Laporan anda memang profesioanal.
BOLEH KLIK PADA TAJUK DI ATAS UNTUK KE BLOG ASAL