Isnin, 12 April 2010

TAIPINGMALI PAKAI TOYOTA CAMRY?

Baru-baru ini ada khabar angin yang menyatakan TM dan PK telah membeli Toyota Camry baru hasil usaha menulis blog. He he he....memang lawak dan lucu.

Saya juga dalam perbualan dengan Hse of PK dan dia juga menafikannya. Tak puas hati TM ke rumahnya sendiri..memang sah tak ada. yang ada kereta  Proton Saga Aeroback lama saja.

TM memang mampu kalau nak beli Camry tu. Pernah hampir jadi untuk membelinya 2 tahun lepas pelancaran model terbaru , sebelum menulis blog lagi. Tak payah  menulis blog pun boleh beli dah tetapi buat masa sekarang belum ada angan-agan atau cita untuk pakai kereta CC besar.

Menulis blog ini pun bukan kerana arahan sesiapa atau dibayar oleh sesiapa. setiap bulan bayar bill internet RM108 pun duit sendiri tu belum campur broadband anak punya.

TM ke hulu ke hilir ikut program  yang dijemput pun guna duit sendiri. Minyak dan toll jangan cakap lah, sendiri juga bayar tak ada tuntutan perjalanan.

Untung juga kerana Tm ada motorsikal senang ke sana sini tanpa membayar toll tapi kalau musim hujan kena guna kereta juga lah.

Opps baru teringat hari ini sudah genap 2 tahun blog ini wujud tetapi pembaca belum pun 1 juta. cuma ranking dunia saja yang berada di tahap membanggakan iaitu 300 ribu dan semakin meningkat.

Bagaimana pun TM ucapkan tahniah kepada blog Unspinner dan Pk kerana berada ditahap yang cukup tinggi rankingnya  bawah 200 ribu.

TM juga bercadang untuk bertukar dari blogspot ke dot com dengan KPerak.  dan akan menjadi taipingmali.com.my