Isnin, 19 April 2010

Tuduhan tanpa bukti oleh PKR yang terdesak

PKR sudah nampak bau-bau untuk kalah teruk dalam PRK di P94 kali ini dan menuduh bahawa SPR telah memindahkan pengundi secara senyap merupakan satu kenyataan yang mengelirukan dan bodoh.

Persoalan timbul ialah ayat tuduhan tersebut adalah tergantung. Pindah ke mana, pindah keluar atau pindah masuk ?

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Memindahkan Pusat Pengundian 13,488 Pengundi Hulu Selangor Secara Senyap Membuktikan SPR Berusaha Untuk Memenangkan Calon Barisan Nasional.

Sukar untuk memahami ayat tergantung di atas yang tak sampai ke bumi dan tak cecah langit.  Ini menandakan malapetaka besar sedang melanda PKR. Untuk maklumann pembaca kerja memindahkan pengundi keluar dari kawasan asal adalah kerja pegawai SPR dalam parti.  

TM masih ingat dalam PRU tahun 95 , 99 dan 04 , ramai pengundi gagal membuang undi kerana nama mereka tiada dalam senarai sedangkan PRU yang lalu mereka adalah pengundi yang setia.  Waktu itu SPR sudah pun mempunyai sistem maklumat di internet. 

Jadi ia memudahkan TM untuk menyemak nama-nama mereka yang gagal mengundi melaui internet. Apa yang didapati ialah nama-nama mereka telah dipindahkan ke negeri lain dan ada yang menjadi pemilih di Sabah dan Sarawak.  

TM amat hairan kenapa ini boleh berlaku, Adakah ini kerja orang dalam di SPR? Rupa-rupanya tidak. Ini adalah kerja pegawai-pegawai SPR yang ada dalam parti masing-masing.

Setiap bahagian parti dalam Parlimen SPR memberi kuasa kepada parti untuk menguruskan nama-nama pemilih ini dan peluang digunakan oleh PKR untuk buat kerja ini sebagai cubaan mengurangkan undi BN.  Pendedahan ini telah diakui sendiri oleh rakan-rakan bekas PKR.