Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu. Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.
Gitu ka...? maknanya Zaid pun baru peluk Islam lah dan sahabat nabi? Pas lupa apa yang mereka lakukan selama ini. Sejak PRU 12 dan beberapa kali PRK berjalan Pas tak adakah mengaibkan calon BN. Sila buka kembali youtube, blog atau laman web pembangkang.
Mereka lupa bahawa merekalah raja mengaibkan orang. Calon BN yang bertanding di Kuala Terengganu, Bukit Mertajam, Bukit Selambau, Manik Urai, Bagan Pinang dan lain-lain telah menjadi belasahan dan difitnah seburuk-buruknya oleh pemimpin Pas dan penulis-penulis upahan mereka.
Tak cukup dengan laman blog dan ceramah maki hamun , Pas juga mengedarkan risalah dan cakra padat yang berunsur fitnah. Ini tak termasuk dalam kategori mengaibkan kah?
Itu lah , jangan sedap mulut dok maki orang, hina orang, cerca orang, bila orang balas balik dan kena sebiji-sebiji pada mereka pandai pula menyamakan BN seperti Quraisy. Apa Pas tak Quraisy ? Yang ingin menjatuhkan kerajaan Bn yang telah banyak mengangkat martabat dan syiar Islam.