AIMAN TAK KESAH/ ANWAR AL-JUB PUN TAK KESAH/
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan tidak mengendahkan kehilangan 1,700 ahli parti itu yang bertindak keluar dari PKR semalam. Malah, Ketua Pembangkang itu secara bersahaja menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang biasa berlaku terutama apabila menjelang musim ...pilihan raya."Hari-hari keluar (ahli PKR).
Kadang-kadang sampai berpuluh ribu terutama menjelang pilihan raya. Tetapi parti masih kuat, " katanya selepas menghadiri perbicaraan kes liwatnya ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Semalam 1,700 ahli PKR di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar sekali gus menyebabkan beberapa cawangan PKR di dalam Parlimen itu dibubarkan.
Kumpulan diketuai usahawan, R. Letchumanan, 60, yang sering membawa Anwar berceramah di kawasan itu sebelum ini turut menyatakan rasa bosan dengan janji-janji kosong PKR terutama terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa berlagak pandai dan 'cakap tidak serupa bikin'.