Isnin, 24 Mei 2010

Aku Yang Gambi's Photos - Foto Dinding- Melayu Felda lebih bodoh dari Iban Rumah Panjang Sibu


Dari blog http://yanggambi.blogspot.com/2010/05/peneroka-felda-lebih-bodoh-dari.html

“Penduduk rumah panjang lebih cerdik daripada peneroka FELDA”

Begitulah ungkapan dari Neo Chee Hua, Assistant Editor Merdeka Review, kerana penduduk rumah panjang di Sibu kononnya tidak terperdaya dengan umpan dan gula yang ditabur Barisan Nasional sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Peneroka Felda Sungai Buaya menjadi bodoh semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana termakan dengan janji BN yang menawarkan RM50 ribu seorang untuk peneroka FELDA dalam kawasan tersebut, itulah dilihat sebagai faktor utama BN menang.

Dakwa Neo Chee Hua itulah menjadi pertukaran antara undi untuk politik UMNO, dengan kepentingan ekonomi penduduk Melayu di luar bandar.

Jangan kerana sebahagian besar dari kalangan peneroka Felda adalah orang Melayu-Bumiputera, maka Neo Chee Hua melebelkan mereka bodoh kerana berterusan menyokong UMNO-BN……