Sabtu, 29 Mei 2010

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN NAZAK

Anwar semakin sebu dan meroyan dengan tekanan yang dihadapinya. Semuanya bermula dengan kes liwat terhadap pembantunya.

Telur tembelang yang disimpan lama di dalam mahkamah semakin hari semakin busuk. Hari hari mendatang semakin menyesakkan perut dan nafas Anwar.

Mohon tangguh, mohon gugurkan tuduhan dan mengalihkan kes ke mahkamah syariah pun ditolak. Apa helah yang boleh dicari untuk menutup telur tembelang?

Talian hayat menyuruh Anwar sekali lagi menyaman Saiful untuk RM 24 Juta September depan 2010. Kalau kes diterima pun,  sudah tentu ia akan disebut selepas selesai kes liwat. Jika mahkamah menangguh, Anwar akan menyamakan mahkamah tersebut seperti mahkamah syariah yang dibeli oleh Umno.

Jika gagal lagi, Anwar hanya ada satu jalan sahaja. Anwar ialah orang yang kena tuduh tetapi masih memegang pasport antarabangsa. Bila-bila jam dia boleh lari ke Taiwan, Isreal atau ke mana-mana negeri yang tidak boleh di ekstradisi ke Malaysia.

PKR sendiri semakin menyusut dan mengecut. Cabang dan ranting yang membuat mesyuarat semakin berkurangan. Wanita PKR susut 50 peratus. Pemuda AMK pun sama tetapi fakta disembunyikan.

Kenyataan Anwar untuk memberi jawatan Timbalan Presiden Republik Malaysia juga satu kenyataan yang tidak dihalusi dengan waras, main hentam kromo apa yang terlintas sewaktu berceramah.  Anwar lupa bahawa gabungan Pkr, Dap dan Pas hanya akan menguntungkan Dap.

Oleh itu impian Anwar dan Hadi Awang/ Nik Aziz untuk menjadi Presiden atau Timbalan Presiden Republik Malaysia tidak akan berhasil. Kesemua jawatan utama akan dibolot oleh Dap.

Semalam Anwar menuduh MP Pembangkang yang keluar parti dan menjadi bebas telah menerima wang sogokan sebanyak RM 2 Juta.  Jika benar sudah tentu YB Zulkifli Nordin akan membeli Honda Goldwing yang berharga RM 200 ribu atau Harley Davidson Super Road King. Takkan lah Zulkifli akan terus menonggang Kawasaki Vulcan lagi.

Anwar seperti biasa menyebut dia ada bukti. Berapa kotak pula bukti kali ini? 7 kotak? 8 Kotak. ingat 7 kotee pun tak ada.. Dia kata akan dedahkan. Ok kita tunggu bila ? Setakat yang dedahkan dalam ceramah ayam serati pun pandai berkokok.

Bagaimanapun masih ramai lagi di luar yang masih mempercayaai bahawa Anwar bukan kaki liwat. Bagi mereka tuduhan palsu kerana Saiful gagal membawa 4 saksi.  Fikir sendiri lah , tak kan Anwar nak bawa Yusof Qardawi , Nik Aziz, Hadi Awang dan Dr Hassan Ali untuk jadi saksi dia meliwat kut...... Bodoh lah kerja macam tu...

Apa pun kita tunggu sahaja keputusan mahkamah. Anwar tetap bersalah , cuma jika Karpal Sigh bijak, Anwar akan lepas bebas seperti kes pembunuhan Norita di Desa Sri Hartamas.

berikut ialah tuduhan Anwar terhadap BN rasuah ahli Pkr yang lompat parti. (Sebenarnya tak ada yang lompat parti pun, keluar parti ada lah)




Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas,sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM 2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak Kerajaan berjuta ringgit nilainya.

Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti,keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah.
ANWAR IBRAHIM