Anwar bukan orang Sibu so jangan cakap besar dan jangan hina Sibu. Anwar mana tahu masalah tanah di Sibu. Kerajaan negeri habis duit beratus juta untuk menurap dan membaiki jalan-jalan diseluruh kasawan di Sibu.
Sibu merupakan kawasan tanah berpaya. jalan akan mendap setiap tahun. Andainya ahli kaji bumi datang dan melihat keadaan jalan mungkin tar yang diturap sudah lebih 5 kaki tebal kerana kemendapan tanah. Jalan Oya, Jalan Brooke Drive, Jalan Bukit Assek , Jalan Lanang semua nya kawasan tanah mendap.
Banyak juga rumah-rumah banglow dua tingkat yang tenggelam dan ada yang senget dan ada yang patah dua. Ini fenomena biasa di Sibu.
Bandari Baru Sibu Jaya yang terletak 15 batu dari bandar Sibu ada satu cara kerajaan cuba untuk mengatasi masalah tanah mendap.
Bagaimana pun penduduk Sibu lebih rela menetap di kawasan bandar Sibu walaupun mereka terdedah dengan masalah mendap dan bajir.
Banjir atau air pasang besar juga merupakan fenomena biasa di Sibu. Setiap tahun pada musim landas, antara Oktober hingga Februari , penduduk Sibu sentiasa bersiap sedia menghadapi air pasang besar.
Wahai Anwar janganlah bercakap besar nanti anu nya tersangkut di dahi...