Dahulu orang Pas kebanyakannya menggunakan kereta Datsun Buahulu. Kalau guna van pun van Suzuki atau Datsun yang dah uzur dan bakal menjadi rebab ayam.
Itu dulu. Sekarang pemimpin Pas sudah kaya dan bertaraf jutawan. Sheikh Kick telah dan dengan berani mendedahkan nama-nama jutawan Pas yang memperuntukkan dana bagi memburuk-buruk pemimpin Umno atau BN. RM 4 juta tentulah satu nilai kecil bagi mereka. Mungkin hanya 1/50 daripada harta yang mereka perolehi.
Jika benar dakwaan Pak Sheikh wujudnya jutawan tersebut maka Lembaga Hasil kenalah check . Check harta syarikat dan check harta peribadi. Berapa pula wang yang di simpan dalam negeri, dan check juga di bank Siam yang tak jauh dari Kota Bharu.
Tak hairan bila ada PRK, puak-puak Pas boleh bawa kereta mewah-mewah. Rupa-rupanya ramai yang sudah kaya raya. Tetapi sayang puak-puak lalat ini hanya memperkayakan kroni sahaja.
Cuma lalat hijau bijak berpolitik. Bila berceramah asyik mengutuk Umno. Umno dilabelkan sebagai perompak harta rakyat, kroni , dan hanya menjaga kaum keluarga sahaja. Rupa-rupa apa yang mereka kata tu semuanya menceritakan siapa mereka sebenarnya.
Kisah taukay papan iklan yang menaja Pak Nik sekeluarga ke Mekah pun menarik juga. Dia ni dulu hanya pemandu kepada Mat Sabu dan sekarang jadi jutawan. Kalau drebar seorang jutaan , apa lagi tuannya yang bernama Mat Sabu. Sudah tentu lebih jutawan dari drebarnya.
Tahniah lah kepada semua pemimpin Pas yang bergelar jutawan dan hartawan. Cuma satu pesanan ialah jangan lupa ramai lagi rakyat Kelantan tu yang miskin tegar.