TM mengikuti perkembangan kematian Aminurasyid dengan cukup berhati-hati. Sejak awal TM melihat pro dan kontra dalam isu kematian allahyarham.
Yang pastinya kejadian ini menyentuh perasaan ramai ibu-ibu dan semua kaum. TM turut berasa sedih dengan kejadian tersebut dan mendoakan agar rohnya mendapat rahmat di sisi Allah.
Bagi TM, remaja tersebut berada ditempat yang salah dan masa yang salah. Peringkat awal remaja tersebut sudah pun melakukan kesalahan dengan memandu kereta tanpa lesen dan dibawah umur, tindakan melarikan diri dari polis juga merupakan satu kesalahan.
Sidang akhbar rakan mangsa yang selamat juga didapati meragukan, kerana beliau pada peringkat awal dibelasah teruk oleh polis dan kemudian berjaya melarikan diri balik ke rumah. Ini menimbulkan keraguan seolah-olah dia sengaja mereka cipta senario kejadian yang memihak kepada helah beladiri.
Paling melucukan ialah campur tangan pihak parti pembangkang seperti Dapsy, Pemuda Pas dan juga AMK yang begitu ghairah untuk membantu dan membela keluarga mangsa. Hairan kenapa mereka begitu berminat dalam soal ini.
Senario berbeza apabila pelajar UiTM dilanggr oleh Adun Sekincan dan juga bila Tian Chua melanggar seorang tentera di Mersing. Tiada siapa pun dari mereka di atas yang muncul untuk membela kedua-dua keluarga mangsa.
Desakan mereka agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menggantikan inkues juga satu helah pembangkang untuk membesarkan isu tersebut setelah gagal dalam isu TBH.
TM menasihat kepada semua pihak agar bertenang dan serahkan kepada pihak yang berwajib untuk menjalankan siasatan. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri begitu juga dengan KDN sendiri yang telah berjanji untuk berlaku adil. Yang salah telah bersalah.
Berikut ialah petikan apa kata pihak pembangkang
Remaja tersebut telah menjadi mangsa sengaja diperbesarkan oleh pihak pembangkang.
AMK Desak Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Polis Tembak Remaja
Oleh Frederick Luccas
Shah Alam 29 Apr - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis 26 April lalu mencerminkan kepincangan polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan alasan yang sama seperti kes-kes sebelumnya, iaitu mereka hanya menjalankan tugas.
Shamsul juga mempersoalkan etika pengendalian kes-kes yang sepatutnya mengikut garis panduan seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara, tetapi melihat kepada kes-kes sebelumnya seperti kes Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan, polis seolah-olah tidak ambil peduli mematuhi undang-undang mereka sendiri.
"Saya berasa terkilan kerana setiap kali polis gagal, nyawa manusia menjadi ganti disebabkan kegagalan mereka dan lebih menekankan lagi ialah apabila polis tidak mahu memberikan jawapan yang telus dan mula bermain tarik tali dengan pihak-pihak yang bersuara.
"Justeru itu AMK berpendapat penubuhan 'Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)' adalah satu kemestian bagi menjaga kebajikan rakyat kerana kecuaian polis semakin berleluasa bagi dan penyiasatan sebegini akan menjadi satu pengajaran kepada anggota-anggota polis yang lain kerana ianya adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salahlaku polis juga disiasat oleh polis.
Kata Shamsul, AMK serta Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pemuda Sosialis DAP telah menyenaraikan tiga tuntutan daripada rakyat untuk pertimbangan polis.
Pertama ialah supaya Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor meminta maaf secara terbuka tanpa kompromi kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah.
Kedua menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes ini dan ketiga badan-badan pro-Melayu seperti Pemuda Umno dan Perkasa untuk menyatakan ketetapan mereka dalam isu kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid, samada mereka menyokong ataupun menentang tindakan polis menembak remaja berkenaan.
Pemuda Pakatan Rakyat dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada hari Isnin depan untuk terus mendesak berkenaan salahlaku polis dalam kejadian ini.