Ahad, 30 Mei 2010

CUEPACS HENDAKLAH MEMASTIKAN AHLINYA MENYOKONG KERAJAAN

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) masih lagi revelen dalam usaha membela nasib ahli-ahli kesatuannya.

Perjuangan Cuepacs dalam tuntutan mereka yang dipohon daripada kerajaan telah banyak yang diluluskan. Kakitangan kerajaan hari ini hidup mewah, berkereta dua tiga, berumah dua tiga dan bini pun ada yang dua tiga.

Isu hangat yang masih dituntut oleh cuepacs ialah cuti bersalin selama 90 hari untuk 5 anak dan dipanjangkan tempoh perkhidmatan menjadi 65tahun.

Isu tempoh perkhidmatan dilanjutkan kepada 65 tahun dilihat satu tindakan kurang bijak terutama sekali disektor sokongan. Ambil contoh seorang pekerja am rendah gred R1 yang sakit kencing manis, gout, dan kudung kaki kerana di potong masih bekerja sehingga usia 65 tahun.  Nak menyapu sampah di tangga pun dah tak mampu, nak siram pokok bunga pun dah tak terdaya.

Lihatlah kerani-kerani yang kini berusia 57 tahun , adakah mereka masih kuat naik turun pejabat apa lagi bergerak ke sana ke mari untuk mencari fail dan sebagainya?  Itu peringkat bawah, di peringat atas juga tetapi masih dalam kategori sokongan, boss mereka pun dah tak mampu nak meninjau anak-anak buah bekerja, akibatnya anak buah di bawah mengular, menyusup ke sana sini mengulat.

Cuma jika nak panjangkan perkhidmatan sehingga 65 tahun kena lihat banyak aspek.  Contohnya penjawat awam tersebut telah menghabiskan masanya yang banyak di universiti untuk mendapat phD. Apabila masuk dalam sektor awam usianya sudah mencecah 27 tahun atau 30 tahun. Bagi mereka ini patutlah dipertimbangkan untuk berkhidmat sehingga 65 tahun. 

Akan tetapi jika usia 30 baru tamat Ijazah Pertama tak perlulah setakat 58 tu okay dah. Sebab apa? Sebabnya ialah ramai lagi di luar sedang menunggu untuk mengisi jawatan tersebut. Banyak anak-anak muda yang masih bercita-cita untuk bekhidmat dalam sektor kerajaan.

Usul cuepacs untuk melanjutkan cuti bersalin ke 90 hari atau 3 bulan pun satu-satu yang kurang baik. Ini menjejaskan produktiviti. Hari ini cuti 60 hari pun sudah lebih dari yang sepatutnya. Rata-rata suri rumah menyuarakan rasa bosan mereka kerana terlalu lama berada di rumah. Ada yang mengambil kesempatan bercuti dan bershopping sedangkan tugas mereka di tempat kerja dipikul oleh orang lain.

Perkara seterusnya ialah cuepacs hendaklah kerap turun padang untuk mentarbiahkan ahlinya supaya menyokong kerajaan. Hari ini sebahagian besar kaki tangan awam tidak menyokong dasar-dasar kerajaan. Kalau melayu lebih menyokong Pas, jika bukan melayu lebih menyokong Dap dan Hindraf. Ada yang membenarkan premis kerajaan digunakan oleh puak-puak pembangkang dalam program politik mereka. Ada pengetua sekolah menengah bantuan kerajaan yang gaji guru-guru dibayar oleh kerajaan telah membenarkan dewan sekolah dijadikan gelanggang politik lawan.


Baru-baru ini sempena Hari Guru 16 Mei , Kerajaan Negeri Perak di bawah YAB Dr Zamry telah menghargai jasa guru-guru dengan mengirimkan kad ucapan. Sayangnya kad-kad di koyak dan dicampakkan ke dalam bakul sampah, ada yang tidak mengambilnya dan berlonggok di pejabat. Paling kurang ajar ialah ada yang memulangkan balik ke pejabat MB dengan contengan kata-kata kesat yang menyakitkan hati.  Perkara begini  Cuepacs kena ambil tahu, 

Kalau diikut dalam sistem Islam pekerja yang tidak menghormati majikan pun sudak melakukan dosa. Ini kan pula bersikap biadap dan tidak menyokong majikan.  Kerajaan Nik Aziz telah mewajibkan semua kakitangannya supaya patuh dan ikut telunjuk kerajaan negeri.  Kenapa kakitangan kerajaan persekutuan menjadi biadap dan kurang ajar sedangkan gaji yang didapati itulah yang membesarkan perut mereka dan memperbanyakkan zuriat mereka.

Akhir sekali cuepacs hendaklah bertanggung jawab dalam mendidik kakitangan yang makan rasuah. Hari ini ramai kakitangan kerajaan yang hidup mewah diluar kemampuan mereka.