Sabtu, 22 Mei 2010

DULU KATA KELUAR PARTI SATU PROSES PEMBERSIHAN/ KENAPA PERLU HANTAR NOTIS SEBULAN? BANGANG PUNYA PKR

Ini adalah lawak terbodoh dan terkini yang keluar dari molot capoi pemimpin PKR. Dahulu sewaktu MP Kulim, Bagan Serai, Bayan Lepas keluar PKR. mereka masih mendadik dada kononya ia satu proses pembersihan. (helah bela-diri) Jika ia proses pembersihan dan pemutihan , setiap ahli harus diberi surat tunjuk sebab kenapa tidak boleh dipecat.


Dalam keadaan sekarang PKR berada dalam nazak dan hampir mati. PKR bersuara lain pula. Mohon supaya ahli PKR menghantar notis sebulan awal jika mahu keluar. Apa cerita ni?

Pemimpin PKR bayar gaji bulan-bulan kah? Ada saguhati atau pencen kah? Ada dapat apa emolumen jika keluar PKR? 

Zaib Ibrahim dan Chua Jui Meng pun masa tinggalkan BN tak hantar notis apa pun...



PKR beri ahli ‘notis’ 1 bulan jika mahu keluar parti

Thu, May 20, 2010
Fauziah Salleh PETALING JAYA: Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat  sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
"PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini," kata Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini semalam.

Beliau berkata, "proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi daripada ahli-ahli sendiri sejak kebelakangan ini."
Menurut beliau, Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Bharu mulai 27 hingga 30 Mei ini.
Nasihat ini diberikan oleh Fuziah yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar ekoran serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.
“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka… mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti.
“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat penjenamaan semula selepas ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
"We mean business" 
“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” katanya.
Tambah Fuziah, mereka yang menyertai PAS dan DAP mempunyai objektif yang kukuh, berbanding mereka yang menyertai PKR dengan pelbagai tujuan tertentu.
"Sesetengah orang yang menyertai PKR sebab mereka marah dengan Barisan Nasional, sesetengah daripadanya disebabkan tujuan peribadi atau projek manakala yang lain sebab rasa simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Disebabkan itu mereka tidak bertahan lama dalam parti. Namun pada masa akan datang mereka juga akan dipinggirkan," katanya.
Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.
Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.
Lima MP, 3 ADUN PKR lompat parti
Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan lima Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.
Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.
Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.
Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.
“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh sebulan ini,” katanya.
“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar – benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.
Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.
“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)… jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.
“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.
Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika menjelangnya pilihan raya kecil (PRK).
Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian PRK kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu dan Ahad lalu semasa berlangsungnya PRK Parlimen Sibu.