TM melihat blog-blog pembangkang yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke Bahagian Sibu nampaknya hanya datang untuk menghina penduduk Sibu terutamanya penduduk bumiputra dan melayu ataupun melanau.
Mereka mengambil gambar-gambar rumah-rumah yang uzur dan buruk. parit-parit yang dikategorikan sebagai peparitan zaman batu. Adalah tidak adil bagi pendatang yang belum mengenal budaya dan kehidupan penduduk tempatan. Janganlah begitu mudah melabelkan penduduk dengan perumpamaan yang bukan-bukan.
Pihak kerajaan telah menyediakan sistem perumahan rakyat yang selesa dengan bayaran bulanan yang rendah atau lebih dikenali sebagai rumah mampu milik. Kesemua rumah tersebut adalah terhimpun di bandar baru iaitu Sibu Jaya yang tidak jauh dari Lapangan Terbang Sibu. Sudah ramai penduduk Sibu yang berpendapatan sederhana dan rendah telah berpindah ke Sibu Jaya.
Bagaimana memang ada segelintir penduduk yang masih lagi enggan berpindah ke perumahan baru kerana alasan jauh. Mereka lebih selesa berada di dalam kawasan berhampiran bandar. Ramai juga penghuni rumah-rumah yang uzur adalah penyewa-penyewa. Mereka adalah kaum Melanau dari Rejang, Daro, Igan atau Dalat yang berhijrah ke bandar Sibu kerana bekerja atau pun berniaga.
Kaum melanau merupakan kaum yang mahir dalam perniagaan dan kebanyakan peniaga makanan di bandar Sibu adalah dari kaum Melanau. Oleh itu mengenai rumah mereka tidak kisah sangat. Janji ada rumah sudah memadai bagi mereka. Untuk berhias-hias juga tidak ada dalam diari hidup mereka kerana rumah tersebut hanyalah rumah sewa dan bukan milik mereka.
Kawasan persekitaran Sibu adalah kawasan lembangan. Tanahnya rendah dan berair.Pergilah melawat ke semua kawasan dan jalan-jalan sentiasa beralun dan kiri kanan jalan digenangi air 24 jam sepanjang tahun. Kita akan melihat hidupan air seperti kiambang memenuhi permuakaan air.
Anwar Ibrahim juga menyamakan jalan-jalan di Sibu seperti Kerala India dan menyebabkan belakangnya sakit.
Para pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sibu yang masih menganggap Sibu sebuah bandar yang mundur anda`adalah salah. jika anda pernah ke sana pada tahun 70an dan 80an anda akan tahu perbezaannya.