Isnin, 31 Mei 2010

PAS BERETORIK DALAM ISU JUDI

Ini adalah salinan dari sebuah blog Pergi Jahanam Pas. Antara isinya ialah mengkritik dan mencerca  UMNO yang meluluskan lesen judi. Kutukan yang lain ialah mencela kenyataan Khir Toyo yang mencabar kerajaan Selangor menutup Premis judi dan juga premis rumah urut yang banyak di Kuala Selangor.

Blogger juga seperti biasa menyalahkan kerajaan terdahulu yang meluluskan lesen,  kenyataan bodoh piang betul si jahanam pas ini. Mana mungkin kerajaan BN meluluskan lesen premis judi, arak dan urut sedangkan ia baru tumbuh. lainlah jika premis tersebut sudah wujud 5 tahun lalu. Baru lah boleh kata BN yang luluskan. Isu kilang arak, dulu Pas kata, kita akan tutup kilang arak jika kita berkuasa di Selangor. Nah.....mana dia?

Bila di kritik gagal bertindak Pas balik menyalahkan Umno yang meluluskan lesen dan juga membina kilang arak. Pas lepas tangan. Sebenarnya Pas takut pada Dap.

Bab judi ini, telah menjadi budaya masyarakat Malaysia, baik melayu atau bukan melayu, judi tetap menjadi sebahagian hidup mereka. Berlesen atau tidak judi tetap dimainkan, D7 Bukit Aman ditubuhkan untuk membenteras judi haram. Itu lah sebahagian komitment mencegah judi haram. Masyarakat Cina tidak boleh lari dari judi. Perbagai jenis judi yang dimainkan oleh kaum cina sejak beratus taun lamanya.

ROS juga peka dalam hal ini, oleh sebab itu dalam setiap penubuhan kelab dan persatuan ROS telah menetapkan kesalahan menjalan judi atau loteri dalam kelab mereka. Ini satu lagi komitment kerajaan. Masih tak nampak lagi kah wahai Pas haprak?

Lesen judi bola dicadang oleh Awang Adik juga telah mendapat tentangan daripada akar umbi Umno. Sekarang ialah musim persidangan tahunan cawangan Umno untuk 2010. Rata-rata cawangan yang telah bersidang membantah pengeluaran lesen judi bola walaupun untuk bukan Islam.  Nak tanya Pas, boleh kah Pas melarang orang bukan Islam makan babi dan menghalang lesen perternakan babi, lesen penyembelihan babi dan penjualan babi?

So jangan lah melebelkan Umno menyokong judi,  Kalau lesen judi dipohon oleh bukan Islam , biarkan lah, negara ini bukan 100 peratus penduduknya Islam. Pas yang berdekah-dekah bercakap soal Islam tetapi tetap bekerja sama dengan Kapir Harbi yang nyata menolak Islam. Rujuka debat KJ dan Husam Musa. Habis debat Husam dipanggil oleh Dap untuk menjelas kedudukan Pas dan hukum hudud, pandai pulak Husam menyatakan tidak akan melaksankan hudud.

Dr Harun Din berkata Pas akan menubuhkan negara Islam, Nizar pula kata ' cuba cari dalam mana-mana enekmen Pas yang menyatakan Pas akan menubuhkan negara Islam, Tidak ada satu pun enekmen yang menyebut Pas akan menubuhkan negara Islam. "

So siapa yang retorik? Jawapnya ialah Pas, Pas telah menipu pengikutnya bahawa Pas akan menubuhkan negara Islam, sedangkan Pas tidak pernah berhasrat pun. Retorik Pas hanya untuk menjatuhkan Umno dan mempergunakan Islam sebagai senjata mereka.


Berikut ialah petikan blog Pas Haprak.




Lesen judi bola telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO.Tiada sebarang bangkangan dari pihak UMNO samada pihak pimpinan atau pihak akar umbi.DS Najib amat arif tentang perangai orang orang UMNO dan orang orang melayu yang menyokong UMNO.Mereka tidak peduli walaupun seratus lesen judi pun yang diluluskan.Bagi mereka judi adalah perkara biasa didalam masyarakat melayu.Malahan mungkin juga sebahagian dari mereka adalah pengamal pengamal tegar 4 nombor ekor.


Hukum haram cuma bagi orang orang PAS dan PKR sahaja.Maknanya disini judi hanya jadi haram apabila Pakatan Rakyat memerintah.Orang orang UMNO akan memekik mekik dan terlolong lolong mengatakan ianya haram dan perlu di basmikan.Khir Toyo telah mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya tidak membasmi 4500 lesen judi.Poraah cit....Inilah sikap UMNO.Hipokrit tak habis habis.Lesen judi berkenaan diluluskan semasa pemerintahan UMNO dulu.Khir Toyo adalah salah seorang yang bertanggungjawab meluluskannya.Di anak bising pasal apa?Tapi sikap hipokrit UMNO menunjukkan seolah olah mereka tidak terlibat dengan proses pelulusannya.Penyokong penyokong UMNO pula menyakong secara membuta tuli sama saperti kaum Firaun dan Namrud.


Mana perginya demonstrator demonstrator "Takebeer"? Katakan mereka ni begitulah prihatinnya tentang halal haram.Muka mereka pun tak nampak. Manakala ulamak ulamak didalam UMNO pun turut sama membisu.Jamil Khir,Nakhaei dll terus senyap sunyi tanpa mengeluarkan sebaran kenyataan.


Kesimpulan yang dapat kita buat adalah halam haram disisi UMNo ada dua set.Satu set untuk UMNO dan satu set lagi adalah untuk umat Islam yang lain.Haram ialah jika pemimpin UMNO kata haram.Halal ialah jika pemimpin UMNO kata halal..Al Qura'an dan sunnah Nabi tidak menjadi panduan pemimpin UMNO.Mereka lebih suka mengikut sunnah pemimpin pemimpin mereka.Hasil judi adalah sumber pendapatan UMNO kerana taukeh taukeh judi memberikan sumbangan yang besar kepada UMNO.Maknanya disini operasi seharian UMNO sebahagian besarnya dibiayai oleh sumbe rsumber yang haram


Mari kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar membersihkan bumi Malaysia yang tercinta ini dai kekufuran yang dibawa dan dicipta oleh UMNO.