Petition To: "KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)",
FAKTA KES
Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor. Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.
TEKANAN BUAT MAHASISWA
SMM dengan ini bersama front-front dan juga pergerakan mahasiswa yang lain melihat tindakan yang dikenakan ke atas pelajar UKM ini merupakan suatu tekanan yang bukan sahaja ke atas mereka tetapi juga kepada seluruh pergerakan mahasiswa Malaysia. SMM yakin bahawa tindakan ini adalah untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mereka sekiranya mereka terus lantang menyuarakan hak dan pandangan masing-masing. Tindakan ini juga dilihat untuk mematikan fungsi mahasiswa sebagai 3 force dalam masyarakat.
KEBEBASAN AKADEMIK DISEKAT
Di peringkat SMM, kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah. Ini jelas ditunjukkan oleh HEP UKM yang mendakwa pelajar ini sedangkan pelajar yang dituduh adalah Mahasiswa Jurusan Sains Politik, UKM.
SMM merasa kecewa kerana mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik sendiri tidak dibenarkan dan hadir untuk menyaksikan pilihan raya untuk pengaplikasian dan memperkukuhkan pemahaman di dalam kos yang mereka ambil dan ini jelas bertentangandengan hak dan kebebasan akademik mahasiswa itu sendiri.
SMM DESAK GUGUR PERTUDUHAN
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan front-front mahasiswa yang lain dengan lantang mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar UKM menarik balik segala pertuduhan yang dikenakan ke atas pelajar yang berkenaan kerana telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik dan hak dan kebebasan untuk bergerak selaku warganegara di Malaysia ini.
Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 23 May, 2010)
Komen TM,
Pelajar Melayu di IPTA kebanyakan budak ulu yang mengalami kejutan budaya memang menghadapi pelbagai masalah.
Mungkin mereka merasakan mereka hebat dan bijak padahal perkembangan otak mereka masih tahap pelajar lagi, kematangan masih rendah. maklumlah baru melangkah ke alam remaja selepas melepasi peringkat awal remaja.
Sebab itu pernah terjadi sepasang pelajar pengajian Islam dari UKM ditangkap sedang buat projek di dalam taman.
Dalam politik juga mereka yang baru tumbuh bulu kepak ini bukan main hebat mengalahkan wakil rakyat. Pada hal sejarah politik negara pun tak tahu 100 peratus, hanya berbekalkan mata pelajaran sejarah tingkatan 5 dan 6 sahaja.
Kita faham dalam banyak-banyak pelajar tersebut adalah beberapa kerat pelajar yang sudah berusia dan matang, mereka ini kebanyakan pernah bekerja dan pernah terlibat dengan aktiviti politk dan persatuan sebelum melangkah ke universiti dan ada juga yang sudah berjawatan samada dalam kerajaan ataupun swasta.
Remaja-remaja lepasan sekolah yang masih mentah dan panas darah ini lah yang mudah diajak menjadi puak-puak pelampau. kaki bangkang dan sebagainya.
Fenomena di universiti banyak di bawa ke arah Pas dan parti pembangkang, mahu pun ke arah Islam, membantah konsert-konsert yang diadakan di ibu kota dan sebagainya. Apa saja perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan masyarakat , mereka pun ingin terlibat juga.
Paling mennyedihkan ialah pelajar UM di zaman Anwar. Ramai anak-anak kampung yang datang dari keluarga miskin dipecat kerana berdemontrasi , begitu juga halnya di ITM, ramai anak malayu yang dibuang. kerana menyokong gerakan Abim anjuran Anwar.
10 tahun lalu fenomena yang sama melanda pelajar IPT, ramai yang menyokong Anwar dan berdemontrasi menyokong reformasi Anwar.
Akibatnya mereka di pecat dan terus mencacai pecacai Pas dan Pkr, ini lah anak melayu yang tak tahu untung.
Hari ini kementerian perlu lebih tegas, sesiapa yang melanggar AUKU wajar dipecat.. Ramai lagi diluar sana yang siap sedia menunggu untuk masuk belajar di IPT.