Isnin, 31 Mei 2010

KUDETA PAS MENJAHANAMKAN INSTITUSI MASJID DI PERAK

Kebanyakan Masjid dan surau di Daerah Taiping telah dirampas pentadbirannya oleh kudeta Pas. Rampasan kuasa berlaku apabila Pas menggunakan ahli mereka mendesak AJK masjid mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk memilih AJK baru. Ini amat bertentangan dengan peraturan enekmen Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.

 Oleh kerana AJK yang ada mungkin kurang arif dengan peraturan maka mereka bersetuju untuk membuat pemilihan semula. Mereka tidak tahu bahawa puak-puak Pas sudah merancang awal lagi untuk menguasai pentadbiran masjid 100 peratus. Setelah berjaya mereka menghantar nama ke Majlis Islam di Ipoh dan serta merta tauliah diluluskan. Ini kisah yang berlaku 10 tahun lalu. 

Apabila disedari akan wujudkan perubahan besar dalam banyak masjid dan surau , satu usaha oleh wakil rakyat dan OBJ untuk membetulkan keadaan dibuat, tetapi malangnya ia mendapat tentangan hebat oleh jawatankuasa baru sehingga sanggup memasang kain rentang membantah usaha pihak majlis untuk menyusun atus semuala jawatankuasa.  Kain rentang dipasang di bumbung masjid dan surau sehingga mengaitkan nama Sultan Perak.

Contoh yang paling senang ialah Surau Diri Jumaat Kpg Expo,  dalam tahun 2000 rampasan kuasa telah berlaku dan bermula lah solat-solat terawikh dijadikan 8 rakaat dengan tazkirah politik mengambil tempat selepas rakaat ke 4.  Solat sunat Aidil Fitri dan Adil Adha AJK telah menjemput Khatib luar tanpa tauliah dan dalam khutbah tidak ada lain selain menghentam kerajaan.

Bayangkan semua surau dan masjid lain sudah selesai solat sunat Aidil Fitri tetapi Surau di Kpg Expo masih rancak berkhutbah politik. Rupa-rupa khatib tersebut orang Pas dan beliau amat marah kerana telah ditukarkan ke Sarawak.

Berkat usaha beberapa orang lama AJK Surau dalam usaha mendirikan sebuah masjid yang baru telah menampakkan hasil. Ajk lama merupakan pengasas yang membangunkan surau asal  dan merekalah yang berusaha untuk mendapatkan tanah bagi sebuah masjid yang baru. Antara nama yang terlibat ialah Tuan Hj Chot, Hj Ismail  Ghaffar, Hj Razali , Hj Hamsin dan ramai lagi juga yang telah arwah.

Pernah satu ketika jawatan kuasa surau yang dimonopoli oleh Pas telah mengadakan solat hajat supaya tidak didirikan masjid tersebut kerana mereka takut akan di pinggirkan dalam senarai jawatankuasa.

Setelah siap sepenuhnya masjid baru Pas dengan bantuan Pegawai Agama Islam Perak iaitu Ustaz Monolito dan Osman Noh telah berjaya mengunakan kuasa dan pengaruhnya untuk sekali lagi merampas pentadbiran masjid yang baru. Dalam senarai AJK telah menggabung dua senarai dan ia merupakan Jawankuasa paling ramai pernah wujud.  Bagaimana pun Pas berjaya menghalau orang yang bukan menyokong mereka dari masjid tersebut. Jawatankuasa lama dihalau mentah-mentah dari masjid tersebut dengan kata-kata kesat.

Dalam khutbah Jumaat khatib tanpa tauliah telah memaki hamun kerajaan dan menteri-menteri sehingga mencabar sesiapa yang barani farakah dipersilakan keluar. Cabaran tersebut diterima oleh beberapa orang jemaah yang meninggalkan masjid. Pernah berlaku seorang jemaah yang cukup marah datang ke masjid dengan membawa parang. tetapi mujurlah tidak ada insiden berdarah yang berlaku.

Hari ini di dalam masjid Kg Expo dipenuhi dengan lambang Pas seperti Bendera Pas tegak berdiri di laman masjid , gambar-gambar pemimpin Pas telah menghiasi masjid . Apa kena mengena masjid tersebut dengan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz. Sekupang pun mereka tak bagi kepada masjid tersebut.

Setiap kali ada PRK ditempat-tempat lain masjid ini akan menjadi gelanggang ceramah politik dan solat hajat. Malah khatib juga akan mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas, Pkr dan Dap.

Doa sebegini bukan sahaja berlaku di masjid tersebut , tetapi pernah berlaku dalam perhimpunan pagi Isnin di SMK Kamunting yang tidak jauh dari masjid tersebut. Doa dibacakan dalam bahasa Arab, oleh itu tidak semua yang faham dan peka.

Dalam PRK P59 Bukit Gantang, Masjid Kg Expo telah dijadikan hotel oleh petugas Pas yang datang membantu Nizar.

Nga Kor Meng, Nizar dan ramai lagi begitu kerap mengunjungi masjid tersebut jika ada majlis agama seperti maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.

  Guru-guru agama yang hadir untuk mengajar agama di kuliah subuh dan maghrib wajib dari orang Pas. Malam tadi pun kuliah politk berjalan sehingga lewat malam. Mereka sengaja membesarkan bunyi agar ceramah mereka dapat didengari oleh seluruh penduduk kampung.

   Hasil dakyah mereka, ramai juga pemuda dan jemaah veteran telah menjadi ahli Pas. Paling menarik ialah jemaah bukan dari penduduk Kg Expo tetapi dari luar yang melangkah beberapa buah masjid lain untuk bersama ahli-ahli mereka. Ada yang meninggalkan masjid jamek dan sanggup datang ke sana. sedangkan ia bukan khairiah nya. AJK menggalakkan perlakuan sebegini semata-mata untuk menunjukkan kekuatan mereka.

  Kegiatan haram mereka mendapat sokongan Pegawai-pegawai masjid di Ipoh terutamanya. Institusi Sultan patut memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka. Kesalahan besar ialah mereka tidak menjadikan masjid sebagai tempat perpaduan ummah tetapi memecah belahkan ummah.