Cara paling mudah untuk menghalalkan sebarang perbuatan khianat dan bertentangan dengan ajaran Islam adalah dengan mengatasnamakan Rasulullah s.a.w. Berbekalkan janggut sejemput, kopiah putih dan serban meleret serta apabila bercakap, jangan dilupa disertakan dengan istilah-istilah Arab, pendustaan tersebut akan diterima bulat-bulat oleh para pengikut.
Itulah gelagat para pemimpin PAS-Baru yang tidak segan silu dan tidak teragak-agak untuk menfitnah Rasulullah s.a.w. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya II Kelantan, tidak terkecuali untuk membuat fitnah ini bagi MENYELAMATKAN PUNGGUNGnya ekoran pendedahan bekas anjing belaan mereka, Kickdefella tentang jutaan ringgit untuk menjatuhkan seorang bekas Perdana Menteri.
''Operasi gerak saraf adalah perkara biasa, mana-mana parti pun ada melakukannya malah di zaman Nabi Muhammad SAW dulu ketika perang Hudaibiah, baginda juga telah mengarahkan pengikutnya menyalakan banyak api agar musuh beranggapan ramainya tentera Islam.
Menyamakan penyelewengan wang sedekah dan derma dengan tipu helah Rasulullah s.a.w sesungguhnya menunjukkan kekejian perangai makhluk-makhluk ini. Operasi gerak saraf Rasulullah s.a.w bukan berlandaskan kuasa dan merebut kerusi parlimen atau DUN, sebaliknya atas dasar dakwah dan keagungan Islam.
PAS-Baru tidak pernah bercadang untuk mengagungkan Islam, sebaliknya hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa. Buktinya, sepanjang 20 tahun Kelantan ditadbir oleh PAS, Islam di Kelantan tidak lebih agung berbanding Islam di Johor yang ditadbir oleh UMNO. Bahkan gejala sosial dan KEMALASAN kebanyakan kaum lelakinya bekerja sebaliknya menyerahkan tugas mencari rezeki kepada kaum wanita, semakin menjadi-jadi di sana! PAS-Baru yang mengaku sebagai pejuang Islam dan jemaah daie', tidak mampu mendidik dan mengubah persepsi masyarakat Kelantan, sebaliknya masyarakat dibiarkan hidup dalam kedunguan bagi memudahkan Nik Aziz, Nik Amar dan gerombolan mereka memperkudakan masyarakat di seluruh Kelantan. Masyarakat sekadar disajikan dengan ceramah politik, ceramah agama yang disertai elemen politik kepartian yang kemudian didustakan atas nama Rasulullah s.a.w dengan Nik Aziz memukul rata, segala-galanya politik mengikut ruang lingkup pemikiran sempitnya.
Pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w sudah menjadi darah daging para pemimpin PAS-Baru. Tidak secuit pun mereka berniat untuk bercakap benar. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulut mereka, hanyalah dusta semata-mata. Sekalipun, mereka kelihatan bercakap benar, pengertian daripada cakap-cakap tersebut pasti akan terseleweng dan bagi mereka yang lemah iman dan kurang pengetahuan, akan mudah terjatuh ke dalam kawah api neraka!
Nik Amar seharusnya menerangkan, adakah pada zaman Rasulullah s.a.w wujud politik kepartian Demokrasi Rom seperti yang diamalkan di negara ini dan seperti yang diimani oleh PAS-Baru dengan bersungguh-sungguh? Apakah tipu helah dan gerak saraf yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w itu bersifat keji seperti yang digunapakai oleh parti-parti sahsiah di negara ini, termasuklah PAS? Dan terlebih penting, adakah tipu helah dalam perang saraf yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w itu sama dengan penggubahan wang yang tidak diketahui jumlahnya dan dibiayai dengan pendustaan serta penyelewengan?
Sewajarnya para pemimpin PAS-Baru yang terlalu dipengaruhi oleh PENDUSTAAN ANWAR IBRAHIM agar menghentikan pendustaan dan penyelewengan agama yang dilakukan tanpa rasa bersalah. Untuk sekali, bercakaplah benar sekalipun pahit untuk ditelan oleh kepimpinan dan ahli-ahli jemaah.
klik tajuk untuk ke blog asal