Apa yang TM cuba tuliskan hari ini cumalah satu pasaran hadapan. Sepertilah pembelian minyak untuk bulan Jun dan Julai. Cuma Tony Phua sahaja yang tak faham akan MOU dan pasaran hadapan.
Kali ini pasaran hadapan ialah rombakan kabinet pasti akan berlaku selepas PRK 212 Sibu. Penduduk Sibu sudah tentu mahukan satu kerusi di Dewan Rakyat dan wakil mereka dilantik menjadi Meneteri.
Selain Robert Lau akan menjadi MP dan menteri, MP Hulu Selangor YB Kamanathan juga kemungkinan besar akan bergelar menteri. Tidak lupa juga Ezam. Kemungkinan besar akan dilantik menjadi Timbalan Menteri.
KJ? adakah KJ MP Rembau menjadi Timbalan Menteri? Ada kemungkinan kerana KJ adalah MP bukan Adun, maka untuk bergelar menteri tu memang ada. tetapi terpulanglah kepada kebijaksanaa PM kita kerana kuasa penuh ditangan beliau.
Berbalik kepada Exco Perak. Ada kemungkinan rombakan exco diadakan juga.Ada kemungkinan 3 wakil rakyat bebas bakal dilantik menjadi exco.
Ada yang gugur? Mungkin ia dan mungkin tidak. Mungkin tidak kerana exco yang ada hari ini memegang banyak tugas. Jika folio ditambah lagi, maka 3 wakil bebas cerah untuk dilantik. Ini kerana menghargai jasa mereka yang menyebabkan kerajaan Pakatan Haram tumbang.
Orang Umno jangan marah lah jika YB Jamaluddin, YB Osman Jailu dan YB Hee dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jika Ezam menjadi Timbalan Menteri, orang Umno pun jangan melatah. Setelah setahun menyertai Umno Ezam dilihat begitu bersemangat dalam perjuangan menentang bekas bossnya.
Ezam juga mampu menarik keluar lebih ramai orang Melayu dalam PKR supaya menyertai semula Umno. Mungkin itu janji NKRA beliau.
Kita doakan supaya PKR berkubur secepat mungkin.