Malam tadi Hadi Awang berceramah di sebuah restoran pro Dap. Lampu begermerlapan dan tetamu yang hadir pun ramai, hingga penuh sesak jalan. Tal terkira jumlah pendengar ceramah Hadi Awang akhir sekali hidangan sebanyak 20 pinggan pun dikeluarkan untuk menjamu tetamu.
Soal makanan dan jumlah kehadiran tidak menjadi soal, yang pentingnya ialah fatwa Hadi Awang yang menyeru supaya orang Islam mengundi calon Dap . Tambahnya lagi undi Dap membuatkan kita tidak dijilat api neraka. Wah patutlah ramai wanita Pas Selangor turun ke Sibu untuk mencari syafaat Hadi Awang.
Semalam dan hari ini sudah ramai penyokong Pas telah balik ke semenanjung kerana gagal dalam misi mereka untuk menawan hati penduduk tempatan. Hari ini ramai dari mereka berderet dan berserandih berjalan kaki dari Kampung Hilir menuju ke Bandar Sibu untuk membeli belah sebagai buah tangan untuk di bawa balik ke semenanjung.
Paling menyedihkan apabila gambar Rosli Dhoby dipolitikkan oleh pembangkang. Tadi TM menghubungi Sibu untuk mendapat pengesahan tentang gambar tersebut. Adakah keluarga Annie Dhoby sedar akan perkara ini. Ini kerana rumah keluarga Rosli Dhoby adalah penyokong kuat BN.
Harap Iskandar anak buah Rosli Dhoby yang kuat memperjuangkan supaya kubur Rosli Dhoby dipindahkan ke Sibu (disemadikan di perkarangan Masjid Sibu) tidak terjebak dengan politik perosak rakyat oleh Lim anak beranak dan Anwar anak beranak.