"Dap, kita guna waktu untuk menjatuhkan Bn sahaja. Bila kita berkuasa kita tak akan lagi guna mereka. Sebab Dap cita-cita mereka lain. Mereka mahukan pentadbiran sekular demokratik dan Pas mahukan pemerintahan Islam. Bila kita memerintah kita akan buat perjanjian seperti perjanjian Madinah. Dap mestilah tunduk kepada kita, jika tidak kita akan berperang dengan mereka jika enggan menghormati kita."
Ini cerita lama dan berkahwinan mereka tak lama, berpecah semula setelah timbul PKR. Dap jalan sendiri lah pulak. Pas masih bersekutu dengan Semangat 46 dan PKR. Bila Sgt 46 bubar Pas cari balik Dap dan menamakan pakatan Barisan Alternatif (BA).
Setelah Tun Mahathir berundur dan naik Pak Lah, sokongan terhadap BN kembali hebat. Pak Lah tersenyum riang dengan kemenangan besar. Pas hampir ranap di Kelantan dan kalah di Terengganu. Sebelum itu dalam kempen politik mereka meramalkan akan merampas Perlis, Kedah dan Pahang. Pas terkedu macam ayam berak kapur, macam beruk kena koyak kepala, macam anak babi yang malu kerana emak mereka adalah babi, telah membisu seribu bahasa.
Pada waktu ini Pas telah menyusun semula jentera parti dan saf kepimpinannya, mana yang kalah dalam PRU digugurkan daripada jawatan-jawatan penting. Ini termasuklah Ustaz Hj Kamaruddin Awang Basir bekas Pesuruhjaya Pas Perak yang kalah setiap kali bertanding.
Kematian Fadhil Noor memberi ruang yang besar dalam perubahan dasar Pas. Pas menjadi lebih sekular dan lebih liberal. Pas terpecah kepada beberapa fahaman, satu puak ulamak dan satu puak erdogan. Ulama juga terpecah mengikut mazhab dan pegangan. Ada membawa fahaman Syiah, ada Wahabi dan mungkin sedikit pak turut yang dari golongan Sunnah Wal Jamaah.
Tahun ini genap 59 tahun usia Pas yang diasaskan oleh kumpulan yang kalah dalam pemilihan Umno. 1951 Pas tertubuh dengan Rasmi dan mereka bersatu dengan Parti Rakyat dan Parti Negara dalam PRU pertama 1955 untuk menjatuhkan Perikatan.
Pas telah menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan Melayu sebagai umpan untuk memancing undi. Manifesto Pas jelas membangkitkan sentimen Melayu , antaranya ialah,
- Menyemak semula Perlembagaan bagi memulangkan semula kedaulatan orang Melayu sebagai peribumi.
- Menentukan hanya orang Melayu sahaja yang boleh menjadi Menteri Besar, menteri-menteri dan ketua -ketua tertinggi angkatan bersenjata.
- Menjadikan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu.
- Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara
Perjuangan Pas sejak awal-awal lagi tidak konsisten. Mereka seperti hari ini sanggup bekerjasama dengan Dap yang sosialis, dahulu dengan parti pimpinan Ahmad Boestaman ( Parti Rakyat) walaupun Pas tahu partinya adalah berfahaman sosialis dan menolak wujudnya ketuhanan.
2008 tahun gemilang bagi Pas, Pas berbangga kerana berjaya dalam kerjasama mereka bersama parti sosialis dan sekular Dap/PKR. Pas terus kekal memusuhi Umno dengan melebalkan Umno sebagai parti kebangsaan dan menolak Islam.
Sebaliknya Pas yang tahu Dap dan Parti Rakyat bawah Syed Hussin adalah fahaman sosialis dan Dap fahaman sosialis demokratik, tetapi Pas boleh tutup telinga dan butakan mata untuk menghalalkan cara dan sedia menjilat ludah dengan bersekutu dengannya. Inilah yang boleh disamakan dengan ayam sabung , "berkokok berderai-derai , ekor penuh najis".
Paling menarik sekali apabila Pas yang hanya ada 6 kerusi di Perak melompat bagaikan beruk dapat bunga apabila Nizar dilantik menjadi Menteri Besar ke 10. Pas hilang kuasa eksekutif dan hanya menjadi boneka kepada Dap. Nijar hanya di suruh melawat kawasan-kawasan yang ramai pengundi Melayu dan memberi ceramah politik. Ngeh dan Nga menguruskan pentadbiran negeri. Ngeh dan Nga sangat berkuasa , jika salah seorang dari mereka tidak ada maka mesyuarat exco tidak boleh dijalankan.
Setelah menjadi MB Perak, Nizar ingin melawat Kelantan untuk membincangkan strategi pentadbiran Nik Aziz. Nizar amat teruja dengan Nik Aziz , akan tetapi sewaktu pemergiannya ke Kelantan, Ngeh dan Nga mengarahkan Sivakumar turut serta dalam lawatan rasmi tersebut. Siva menjadi spy kepada Dap di Ipoh.
So dalam pentadbiran Perak telah menampakkan bahawa cita-cita Pas yang ingin memperkudakan Dap telah gagal, sebaliknya Pas yang diperbabikan oleh Dap.
Oleh itu hasrat Pas untuk memperkudakan Dap seperti 1995 adalah gagal sama sekali. Menyedari hal ini Pas terus berusaha untuk mencuri ahl-ahli Dap dengan menubuhkan Kelab Penyokong Pas (KPP).
Adalah diharapkan agar lebih ramai golongan Cina dan India akan bertindak secara langsung menyokong Pas tanpa dibayangi oleh DAP. Pas dilihat ingin menikam belakang Dap sekali lagi.
KLANG, 24 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusof Rawa menyeru seluruh ahli PAS memberikan bimbingan sepenuhnya kepada anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dahulu dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP).
Menyifatkan ahli DHPP sebagai 'bayi yang baru lahir dalam anggota keluarga PAS', Mujahid berkata, DHPP memerlukan sokongan padu dalam proses memantapkan dewan seperti dewan-dewan yang telah sedia ada dalam parti itu.
"Biasalah, bayi yang baru lahir perlu dibelai, dijaga dengan sempurna. Mereka akan mula merangkak, menangis, yang semestinya memerlukan perhatian kita.
"Ahli-ahli yang hadir pada hari ini, saya seru kepada anda, ini bayi yang baru lahir di kalangan anggota keluarga kita. Tolonglah bimbing mereka.
"Jangan sekali-kali memisahkan, kami ahli PAS, kamu ahli dewan. Kita semua bertanggungjawab kepada parti kita dan orang-orang PAS mesti membantu supaya dewan ini mampu berjalan dengan baik dan dapat memberikan sesuatu yang berguna untuk kita," katanya ketika berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkata, PAS tidak harus mensia-siakan kejayaan besar menubuhkan DHPP sebaliknya harus membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa semua kaum di negara ini dapat bersatu di bawah naungan PAS tanpa ada prejudis di antara satu sama lain.
Berbeza dengan Barisan Nasional, ujarnya yang cuba mewujudkan tembok perkauman melalui parti-pari komponen di dalamnya.
"Barisan Nasional memerintah kita dengan MCA untuk orang Cina, MIC untuk orang India dan Umno untuk orang Melayu. Hari ini kita telah memecah tembok itu bahawa sebagai rakyat Malaysia kita orang Melayu membela orang Cina, orang Melayu membela orang India, orang India membela orang Melayu orang Cina membela orang India. Inilah kejayaan besar DHPP pada hari ini.
"Jangan kita sia-siakan harapan ini. Kita mesti menjadikan hari ini hanyalah langkah awal untuk kita melihat hari esok yang gilang gemilang untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan gemuruh daripada lebih 500 ahli DHPP yang hadir dari seluruh negara.
Ujar Mujahid lagi, PAS bukan sahaja mendapat sokongan Cina dan India namun turut diterima kaum etnik yang lain.
"PAS bukan sahaja ada India dan Cina tapi kita juga ada Siam, orang asli, masyarakat Iban dan Kadazan di Sarawak. Selagi kita tahu ada kaum etnik, perjuangan PAS akan sampai kepada mereka," ujarnya.
Menurutnya juga, Seramai 15 wakil DHPP akan mengikuti muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Jun depan di Kota Bharu.
"Seperti juga dewan-dewan yang lain, DHPP akan menghantar wakil rasmi ke muktamar Jun ini," katanya.
< Prev | Next > |
---|