Kontrak Pasir yang Mike cakapkan itu melibatkan syarikat 'proksi' siapa? Ada yang kata milik MB. Ada yang kata Azmin pun ada satu. So, adillah tu; satu Menteri Besar punya. Satu lagi 'Timbalan Menteri Besar' punya. Azmin anggap dia macam Timbalan Menteri Besar; sebab dia ada 'telinga dan hati Anwar'. Khalid ini 'second choice' sahaja sebenarnya. Bukan first choice. Kerana Anwar lebih memerlukan Azmin di pusat; maka Khalid diberikan tanggungjawab sementara. Memang perjanjian awalnya adalah 'sementara'. Kalau semuanya berjalan lancar; Azmin akan ditabalkan sebagai MB menggantikan Khalid.
SELCAT ini agends politik siapa? Agenda DAP. PKR memang berbelah bahagi dengan SELCAT; kerana tahu ianya akan menjadi senjata makan tuan kepada politik 'mewah' di Selangor. Siapa yang tak nak rasa mewah dan kekayaan. Sebab itu, bilamana suasana mewah dan kekayaan ada - memang menjemput masalah dan pergaduhan di dalam parti. Bagusnya di Selangor ini; mereka bergaduh secara 'bijak'. Semuanya berlaku secara dalaman. Tidak terkeluar sehingga diketahui media.
Orang kanan Anwar semua dah bising dengan perangai Khalid yang tak mahu 'berkongsi' kekayaan Selangor. Bila ditanya? Tidak ada apa. Kita masih baru menyusun kerajaan. Banyak yang belum selesai. Banyak yang belum mampu kita laksanakan. Yang menjadi kemusykilan, semua yang rapat dengan MB sudah boleh tersenyum puas. Semua dan boleh bertukar kereta. Daripada pakai Waja; ada yang dah pakai Alphard. Ada yang dah tukar Audi. Kerja tak susah. Hari Isnin hingga Jumaat; berkampung di Shah Alam. Dua tiga jam dihabiskan menunggu MB di function sekitar Selangor. MB buka sahaja pintu kereta - nampak Abang M. Buka sahaja pintu kereta, nampak Uncle C. Siapa nak jawab? Penasihat Ekonomi Negeri pun beri sokongan penuh kepada individu-individu ini.
Oleh yang demikian, pembaharuan dan pembaikan apa yang mereka ini cakap? Telus? Bersih? Akauntabiliti? Tidak langsung. Sebab itu, SELCAT dijadikan SENJATA MAKAN TUAN yang akan menyerang Khalid Ibrahim. Siapa beri maklumat. Orang dalam juga. Yang dan muak tengok muka Abang M dan Uncle C di Bangunan SUK. Semua akan dibaraikan oleh SELCAT.
Khalid tahu bahawa ada 'sentuhan Azmin' di dalam usaha SELCAT ini. Walaupun ada juga Khalid - menjaga hati 'Raja Pasir' di Selangor; tapi nampak macam tak berapa keras. Ini yang membuatkan kawan-kawan kecil hati dengan Khalid.
Rakyat sebenarnya tertipu dengan 'politik bersih' di Selangor dan Kerajaan PR yang ada. Agenda mereka nak adakan kerajaan CAT adalah penipuan yang terang-terangan. Balik kepada isu awal. Semuanya adalah berkenaan 'ringgit dan sen'.
Khalid dah berapa kali jumpa Pak Sheikh mengharapkan 'individu tertentu' diam dan tidak lagi mengemukakan isu ini. Masalahnya, Anwar sendiri tak boleh nak control. Anwar sendiri tak boleh nak marah - sebab 'Raja Pasir' ini adalah mereka yang rajin menjengah dia di mahkamah. Rajin menemani Anwar di dalam kes liwat. Takkan Anwar nak ambil tindakan. Dahlah kehadiran semakin kurang - kalau Raja Pasir Selangor kurangkan 'elaun' mereka yang datang jengah Anwar di mahkamah - siapa lagi nak datang tengok Anwar?
Nampaknya, politik di Selangor sudah jadi caca marba. Orang ini serang orang itu. Semua serang sama sendiri. UMNO tak payah nak usaha banyak pun - kerajaan Selangor dah jadi kacau bilau. Memang menyedihkan. Ada yang mengundi PKR di PRU yang lalu - dah mula keluar ayat carut. Siapa nak jawab???