Dalam entry sebelum ini bertajuk PAS PERKUDA DAP? Kali ini ditambah tajuk kepada DAP PERBABIKAN PAS.
Belang Pas untuk menipu Dap telah lama di ketahui dan dihidu oleh Dap. Pas ingat Dap mudah untuk dikilas tengkuknya, mudah untuk dicucuk hidungnya.
Pas semakin seronok dengan kejayaannya melancarkan kelab penyokong yang sudah berjumlah 20 ribu atau 100 ribu orang ( Pas memang suka bermain dengan nombor).
Dap tahu Pas kini kuat dan bijak berpolitik di kalangan orang Melayu. Dap tahu Umno parti yang masih tidur dan masih berada dalam keadaan yang selesa dan bersantai-santai. Hasil gerakan senyap Dap sejak 2006 dan 2007 meracuni pemikiran kaum Cina tak kira ahli Gerakan atau Mca telah berjaya menarik pengundi Cina menyokong mereka.
Dap telah berjaya meyakinkan kaum Cina bahawa , hanya Dap sahaja yang mampu membela nasib kaum Cina, Mca dan Gerakan sudah tidak releven lagi. Undi Mca atau Gerakan bererti mengundi Umno. Dap memainkan isu pendidikan kononnya pendidikan di Malaysia tidak adil kepada kaum mereka. Ramai anak-anak mereka mendapat kelulusan yang baik dalam STPM tetapi gagal masuk Universiti Awam.
Isu pendidikan juga telah menyebabkan BN kalah di Sibu. Memang benar anak-anak Cina ramai yang gagal masuk IPTA. bukan kerana mereka tidak layak tetapi kerana jumlah tempat yang terhad. Anak-anak Melayu walaupun pencapaian tidak berapa baik tetapi mereka diberi peluang untuk mengimbangi kouta yang ada. Jika berdasarkan keputusan peperiksaan mungkin 99 peratus pelajar IPTA adalah bukan Melayu.
Tun Mahathir dan Tunku Abd Rahman berjaya memperolehi ijazah kedoktoran(Tun) dan perundangan (Tunku) kerana mereka di beri peluang. Tun berkata keputusan untuk melayakkan dia masuk ke King Edward VII kolej perubatan adalah yang terkebelakang.
Alhamdullilah setelah diberi peluang markah Fizik Tun adalah yang tertinggi daripada keseluruhan pelajar. Dr Asmah pun belajar Fizik daripada Tun Mahathir sewaktu di kolej tersebut.
Alhamdullilah setelah diberi peluang markah Fizik Tun adalah yang tertinggi daripada keseluruhan pelajar. Dr Asmah pun belajar Fizik daripada Tun Mahathir sewaktu di kolej tersebut.
Berbalik kepada isu Dap membabitkan Pas. Dap sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat kerana bilangan kerusi Dap mengatasi Pkr dan juga Pas. Hari ini jumlah Dap bertambah satu lagi dengan kemenangan Dap di Sibu. Dap sepatutnya sudah menuntuk Kerusi Ketua Pembangkang, tetapi Lim Kit Siang tidak akan berbuat demikian selagi tidak menang besar dalam PRU 13.
Hari ini Dap merelakan orang-orangnya menjadi ahli Kelab Penyokong Pas. tujuuan ialah untuk menghibur hati Pas. Pas semakin leka dan seronok seperti Pak Pandir / Pak Kaduk ataupun Si Luncai. Dap memerlukan Pas untuk membolehkan Melayu mengundi calon Dap dan mengalahkan semua calon BN dalam PRU 13.
Pada waktu meraikan kemenangan Dap akan menang besar , Pkr dan Pas akan menjadi temukut ditepi gantang. Pada ketika itu Ketua atau Perdana Menteri bukan lagi Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Nizar Jamaludin. 100 peratus ahli kabinet adalah Dap. Lim Kit Siang atau Karpal Sigh akan betul-betul membabikan kan Nizar, Hadi Awang dan lain-lain.
So bersiaplah penyokong Pas dan Pkr dari bangsa Melayu , siaplah kepala-kepala kamu semua kerana akan dihumban ke dalam lubang dan dikencing atas kepala kamu oleh Dap.
PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP
SEMALAM secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.
Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.
DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.
Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa pengundi bukan Islam atau bukan Melayu yang menjadi penentu kepada calon BN atau pembangkang.
Jika di Hulu Selangor, kaum India selain Cina menjadi 'sasaran' parti yang bertanding sementara di Sibu kaum Cina jelas menjadi penentu. Ini gara-gara perpecahan di kalangan pengundi Melayu/Islam kerana ada yang menyokong PAS atau Umno serta sedikit-sedikit calon Bebas, itupun jika calon itu seorang Melayu/Islam.
Berdasarkan pengamatan penganalisis politik, kaum Cina tidak bergantung hidup dengan parti (mungkin ini faktor mereka tidak terus menyokong MCA 100 peratus), amat berbeza dengan gaya politik orang Melayu. Tsunami politik kaum itu menjadi fokus kesemua parti ketika ini dan pastinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Pengundi Cina akan berpihak kepada mana-mana parti yang menjaga kepentingan mereka secara total tanpa mempedulikan siapa di belakang parti itu, yang penting mereka dijaga sebaik mungkin dan periuk nasi tidak diganggu.
Di Hulu Selangor pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar atau pekan memihak kepada calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim tapi tewas di tangan P. Kamalanathan, demikianlah juga hal yang serupa di Sibu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong Ho Leng dari DAP dengan majoriti 398 undi. Atas kesedaran dan faktor-faktor penting inilah PAS perlu mengorak langkah dengan 'menaik taraf' kelab penyokong mereka yang dianggotai bukan Islam terus sebagai sayap mereka walaupun belum diputuskan hak anggota dewan baru itu mengundi pada muktamar tahunan parti itu.
Memetik kata-kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad: "Untuk mengundi pada pemilihan parti belum lagi."
Katanya, apa yang menjadi kelebihan ialah ahli-ahli sayap itu kini boleh menghadiri muktamar parti sebagai perwakilan.
Kini tugas ahli DHPP lebih terarah dan fokus iaitu memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan masyarakat bukan Islam. Jika dulu pandangan skeptikal terhadap parti itu sangat tinggi.
Tetapi dengan adanya DHPP, sayap baru itu boleh memainkan peranan mereka menarik bukan Islam bersama-sama parti.
Namun mengatasi semua itu hakikatnya ialah - PAS tidak akan berharap lagi dengan PKR atau DAP yang turut memiliki penyokong pelbagai kaum. Mungkin PAS merasakan tidak ada upaya mengawal penyokong-penyokong bukan Islam kedua-dua sekutunya itu kerana dasar parti yang berbeza-beza kerana itu langkah paling berkesan menubuhkan sayap bukan Islam sendiri.
Nampaknya Pang Chaw dan Balasubramaniam tidak perlu bimbang lagi kerana pelawaan PAS ke atas masyarakat bukan Islam menyertai parti itu memang serius. Tidak lama lagi mereka mungkin berpeluang menjadi sebahagian daripada penggubal dasar dan perlembagaan parti.
Ini diperkuatkan lagi dengan jaminan Abdul Hadi bahawa parti itu memang bercadang membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.
Tetapi beberapa kajian dan penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.
"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian," katanya selepas melancarkan DHPP.
Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Selepas ini PAS mungkin tidak akan bergantung lagi pada DAP atau PKR untuk menggerakkan jentera pilihan rayanya di kawasan majoriti bukan Islam.
Pucuk pimpinan DAP atau PKR perlu menghayati kata-kata Abdul Hadi ini yang menggambarkan rancangan jangka panjang parti itu untuk menjadi parti pelbagai kaum:
"Jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS."