Isnin, 24 Mei 2010

KWAPM-BANTUAN PELAJAR MISKIN DIPOLIMIKKAN OLEH GURU PRO PAS


Program potongan gaji kakitangan awam secara sukarela untuk tabung kumpulan wang amanah pelajar miskin(kwapm) meminta kakitangan kerajaan memotong gaji jika berminat.
Surat pekeliling KP(BKEW/BT) 1901-4/1 itu bertarikh 6 April 2010. Jelas pendapat yang menyatakan ekonomi Malaysia telah pulih satu pembohongan.
Dari maklumat yang saya dapat,kakitangan awam negeri yang paling ramai menderma ialah Terengganu dan paling sikit Johor.
Walaupun kerajaan tidak memaksa kakitangan awam untuk menderma dan tiada niat untuk memperkecilkan Program ini,tetapi ada banyak persoalan yang timbul.
Adakah kerajaan sudah kehabisan wang? kenapa dapat membayar APCO 77 juta,tetapi untuk menolong murid miskin tiada wang? Apabila tiba PRK mampu pula beri kepada rakyat berjuta-juta ringgit semata2 untuk mengekalkan kuasa. bagaimana kerajaan mengurus duit Petronas yang berbilion itu? kemana wang rakyat yang berjuta2 dilaburkan? Dimana duit rakyat wahai umno bn?
Inikah slogan 1 malaysia,rakyat didahulukan???
KOMEN TM;
  1. Celakalah ke atas kamu yang membuat berita fitnah ini.
  2. Selama ini jika ada bantuan kewangan makan puak-puak pembangkang lah yang awal-awal datang dan menipu maklumat pendapatan. pendapatan RM 3000 ditulis RM 500 . Sudahlah mengambil hak orang miskin , datang dengan muka tak malu bawa kereta seperi Naza Citra, Kia Spectra dan ada juga yang memandu Nissan Frontier. 
  3. Begitu juga baru-baru ini sewaktu YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid memberi sumbangan dermasiswa kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPT , ramai yang datang dengan kereta besar, mempunyai tanah berpuluh-puluh ekar ladang kelapa sawit tetapi masih tak segan silu memohon bantuan daripada Yayasan Perak. Bila tiba hari PRU dialah yang mengusung bendera DAP dengan berketayap putih.
  4. Satu lagi yang dikabarkan wang KPAM ini adalah sumbangan hartawan-hartawan dan badan-badan koperat dan bukan wang kerajaan. 
  5. Jangan lah nak mangaitkan bantuan KWAPM dengan ekonomi negara. 
  6. Surat edaran kepada kakitangan jabatan pendidikan hanyalah untuk mereka yang ingin membuat amal jariah, minima potongan bulanan ialah RM 1 sebulan dan jika setahun baru RM 12 , ia bukan paksaan tetapi memberi peluang kepada kaki tangan jabatan untuk membuat sadaqa amal jariah. 
  7. SALAHKAH?