Isnin, 24 Mei 2010

KATA PAS: 50 TAHUN RAKYAT MALAYSIA DITIPU OLEH UMNO.

Dalam kempen PRU 2008, Pas sekali lagi memainkan sentimen isu Melayu, kononnya 50 tahun rakyat ditipu oleh Umno.  BN di labelkan sebagai Barang Naik. Babi Negara, Bini Najib oleh  (Mahfut Omar) . Dr Azizan melabelkan Umno sebagai beruk yang mengail ketam batu dan Beruk yang bersilat dengan kilat. Nizar Jamaludin pula melabelkan Umno sebagai penderhaka kepada Sultan Perak.Gagal mengislamkan mat rempit,  Umno pengganas dengan membawa 60 anggota polis ke dalam sidang dewan DUN.  Terlalu banyak jika hendak disenaraikan satu persatu.

Umno melalui Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah pun merangka satu manifesto PRU pertama 1955. Pengakuan bertulis antara 3 komponen parti ini telah menjadi dasar dan struktur politik negara selepas merdeka. Majlis Tertinggi Perikatan telah bersetuju dan meletakkan beberapa dasar yang berkaitan dengan politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi sebagai tindakan lanjutan jika diberi mandat dalam pilihan raya itu, Ini termasuklah;

  1. Pentadbiran :berusaha mengisi sebahagian besar jawatan tinggi dalam pentadbiran negara dengan anak negeri ini dalam masa tempoh perkhidmatan yang pertama. Tidak membenarkan lagi pengambilan pegawai dagang dengan tidak setahu dan seizin Majlis Mesyuarat Kerja Federal
  2. Tanam-tanaman: Menanam bahan-bahan makanan yang cukup untuk keperluan penduduk negara ini.
  3. Pelajaran: memberi perhatian istimewa kepada pelajaran, Mengubah corak pelajaran dengan corak Tanah Melayu; menambah bilangan orang tahu membaca dan menulis
  4. Darurat: berusaha menamatkan darurat dengan seberapa segera dengan menawarkan kepada pengganas-pengganas komunis pengampunan beramai-ramai.
  5. Perikanan: mengadakan penyiasatan yang segera tentang kehidupan nelayan-nelayan dengan maksud menambah pendapatan mereka.
  6. Perumahan: menggalakkan pembinaan rumah kos rendah untuk dijual atau disewakan kepada orang yang berpendapatan rendah.
  7. Buruh: menjamin buruh mendapat layanan yang adil
  8. Tanah: membantu petani mendapatkan tanah bagi bercucuk tanam; membantu petani menerusi bank-bank tanah dan lain-lain saluran.
  9. Kerajaan Tempatan: menubuhkan Majlis Mesyuarat Bandaran di bandar-bandar.
  10. Perubatan dan Kesihatan : menjalankan rancangan meluaskan dan memperbaiki perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin.
  11. Politik: mengekalkan dan memelihara kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua yang berperlembagaan dalam negeri mereka masing-masing
  12. Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat: memeriksa semula perkhidmatan-perkhidamatan kebajikan masyarakat yang ada sekarang ini dengan maksud memperbaiki dan meluaskan lagi
  13. Merancang Bandar dan Kawasan Luar Bandar: Menagmbil langkah mengadakan perancangan bandar-bandar  dan kawasan-kawasan  luar bandar meliputi seluruh Persekutuan dan mengadakan  sebuah badan perancang pusat bagi menyatukan kerja-kerja merancang
Kesemua 13 perkara di atas telah dilaksanakan sehingga ke hari ini seperti berikut
  1. Menubuhkan  Surahanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelajaran Melaysia dll
  2. Menubuhkan RIDA, FELDA (LKTP) FAMA, dll
  3. Membuka kelas dewasa untuk mengajar membaca dan menulis, Kolej Mara, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengan Kebangsaan, Universiti Malaya dan universiti Kebangsaan dan hari ini IPTA sudah terlalu banyak.
  4. Wujudnya kampung-kampung baru yang mana Nizar Jamaludin, Ngeh dan Nga meluluskan tanah TOL dan Pajakan kepada 999 tahun.
  5. Menubuhkan Jabatan Perikanan dan Majuikan yang berfungsi sampai sekarang.
  6. Di Taiping telah wujud banyak rumah-rumah awam seperti di Batu 4 Kamunting, Rumah Awam Jalan Stesen Kamunting, Rumah Awam Pokok Assam, Rumah Awam Batu Dua Setengah Jalan Kuala Kangsar, Rumah Awam Simpan dan lain-lain bandar termasuk juga di pekan kecil seperti rumah awam di Batu Kurau.
  7. Mewujudkan Jabatan Tenaga Kerja , Perkeso, Pertubuhan pekerja sepeti Ceupec, Mtuc dll
  8. Wujudnya Risda, Felda, Bank Pertanian,dll
  9. Menubuhkan Jawatan kuasa majlis perbandaran atau di sebut Ahli Majlis dan juga membentuk Majlis Luar Bandar yang bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan, sampah dan pelupusan najis. Hari ini sampah dan kumbahan di ambil alih oleh Alam Floras atau swasta dan IWK.
  10. Mewujudkan klinik-klinik kesihatan diluar bandar, klinik bidan di kampung-kampung untuk mengurang kadar kematian dikalangan bayi dan ibu,  Membina lebih banyak hospital bagi menggantikan hospital yang dibina oleh Inggeris. Mengadakan kempen anti malaria, anti denggi dll. sehinggakan dalam tahun 90an pun kerajaan masih menjalan kempen tandas septik dan bekalan air bersih bawah tanah ataupun air bukit.
  11. Menjadi kedudukan institusi raja kekal sebagai payung kepada rakyat.
  12. JKM masih memainkan peranan yang cukup besar denga perbelanjaan yang sentiasa meningkat setiap tahun kerana pertambahan penduduk. Jika dahulu bantuan rakyat miskin ialah RM15 sebulan , hari ini sudah mencecah kepada RM 300 sebulan untuk seorang.
  13. Mewujukan Unit Perancang Bandar untuk menyusun atur prasarana sesebuah bandar yang semakin hari semakin besar tanggungjawab kerana pertambahan penduduk. UDA adalah satu contoh badan ini  yang merancang pembangunan di seluruh negara. 
Kesemua di atas belum mengambil kira pembangunan komunikasi, perhubungan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Oleh itu Pas janganlah menggunakan modal 50 tahun rakyat ditipu..Ramai mulut-mulut jahat yang mencerca dan menuduh kerajaan menipu adalah mereka yang telah mendapat faedah daripada manifesto kerajaan yang memerintah.

Ambil contoh penduduk rumah awam di kawasan sekitar Taiping tadi, andainya kerajaan tidak merancang sistem perumahan tersebut di manakah mereka akan tidur dan beranak pinak dan mendapat pendidikan anak-anak. Anak-anak yang berjaya telah mendapat pendidikan di IPTA dan sesekali balik kampung menjalar kereta-kereta mewah di rumah awam.

Dalam kem pembangkang pula seperti Nizar Jamaluddin, Khalid Samad , Dr Hassan Ali, mereka adalah graduan-graduan yang mendapat biasiswa JPA. Kos pengajian mereka mencecah jutaan ringgit.

Fikirlah siapa yang menipu. Pas atau Umno?