Selasa, 11 Mei 2010

SIBU P-212- PAKATAN RAKYAT TAMAK HALOBA/JUAH/BONGKAK/ SAMSENG/PENGKHIANAT BANGSA

Apa yang disebut oleh Wong Aki, ahli Dap melayu dari Ipoh yang bertindak keluar parti beberapa bulan lalu adalah benar. Ahli politik pembangkang seperti Dap, Pkr dan Pas adalah bersifat TAMAK.

Dalam PRU juga sikap dan belang mereka telah ditunjukkan jelas dan nyata. Ramai orang-orang kuat mereka bertanding dalam dua kerusi. Satu kerusi ADUN dan satu kerusi Ahli Parlimen. Lihat sahaja di Perak dan Pulau Pinang. Lim Guan Eng, Gobind Sigh, Nga Kor Meng, Azmin Ali, Teresa Cock, dan ramai lagi bertanding dalam dua kerusi.

Mereka tidak yakin dengan ahli-ahli lain yang setia kepada parti.Ambil contoh PKR, Ketua AMK Shamsul diabaikan, Dr Halili yang banyak berjasa kepada bossnya juga dilupakan. Pas dan Dap pun sama juga. Parti  anak beranak dan saudara mara.

Kes yang sama berpindah ke Sibu dimana Wong Ho Leng yang menjadi Adun Bukit Assek terus tamak dah haloba untuk menjadi MP pula, Adakah Dap ketandusan pemimpin, atau mereka pentingkan kroni dan suku sakat?

Jika Dap menang di Sibu, segala kerancakan pembangunan akan terjejas. Majority pengundi Sibu sudah masak benar dan tidak lupa dengan perangai Dap yang menggunakan khidmat gangster dalam PRU 1982 dahulu. 

Yang ditakuti ialah yang dikejar dapat dan dikendong berciciran seperti Lim Guang Eng yang terkucil antara tugasan MP dan Adun merangkap Ketua Menteri Penang. (KUDETA )kata Nik Aziz.


Perubahan yang dicanang-canangkan oleh calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong Ho Leng dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu tidak lebih daripada sekadar mimpi di siang hari.
Setiausaha Penganjur Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ia hanya retorik kerana pihak pembangkang tidak dapat melakukan apa-apa meskipun mereka mungkin menang.
“Meskipun dia (Wong) menang mendapat seratus peratus undi dari penduduk Sibu, namun harus ingat dia hanya salah seorang daripada 222 Ahli Parlimen di mana kedudukan Pakatan Rakyat (PR) masih parti minoriti.”
“Lagipun, ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum., jadi bagaimana dia boleh mengatakan membawa perubahan,” kata Chin semasa sidang media Lapangan Terbang Miri petang tadi.
Chin yang juga Ahli Parlimen Miri mengulas kenyataan Wong dalam akhbar kewangan The Edge yang mahu membawa perubahan kepada penduduk Sibu jika kemenangan berpihak dengannya.
Menurut Chin, pembangunan di Sibu pada masa sekarang adalah hasil kerja keras wakil rakyat Barisan Nasional (BN), bukannya parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya.
“Perubahan apa yang diperkatakan oleh Wong? Apakah dia tidak melihat perubahan yang telah dibuat selama 24 tahun oleh kerajaan untuk penduduk bukan sahaja di Sibu, tetapi juga kawasan lain dibawah pemerintahan BN.”
“Saya nasihatkan penduduk Sibu supaya menjadi pragmatik. Lihat kepada siapa yang mampu membawa kepada perubahan yang sebenar, kalau cakap sahaja tentang ‘perubahan’ tetapi tidak dilaksanakan pun tiada guna,” kata Chin.
Beliau turut mencabar calon DAP tersebut untuk memberikan laporan perubahan yang sudah dibuat selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek.
“Saya fikir dia (Wong) tak ada buat perubahan di sana (Bukit Assek). Dia pun tidak faham bagaimana nak jadi wakil parlimen sebenarnya kerana tiada ada isu yang relevan dalam pilihanraya kecil tersebut,” ujarnya