Kita dapati - Isu kalimah Allah masih menjadi modal politik DAP di Sibu bagi menakut-nakutkan pengundi Cina kononnya BN/UMNO bersikap perkauman, anti-kristian dan anti-Cina. Kita tidak tahu sejauh mana isu ini mempengaruhi pola pengundian di Sibu - tetapi, jika BN tidak bijak menepis hujah-hujah DAP berkenaan isu ini, kita bimbang persepsi buruk bakal menimpa BN di Sibu.-Azli Syukri.
Pas dan Pkr yang datang dari semenanjung dan cuba menghasut penganut Kristian Sibu supaya membenci BN. Mereka lupa bahawa orang mereka hasut adalah ahl SUPP.
Jika kerajaan anti kristian maka tidak akan berdiri banyak gereja-gereja di Bahagian Sibu. Dari lapangan terbang menuju ke Jalan Deshon dan Brooke Drive kita dapat melihat jumlah gereja-gereja cukup banyak berbanding dengan To Pe Kong Cina atau pun Masjid.
Masjid dan surau hanya terdapat di kawasan kampung tradisi Melayu seperti Kampung Dato Baru, Kpg Pak Dris, Kpg Hilir, Taman Apollo , Kpg Bandung dan beberapa kawasan lain.
Apa yang menarik di Sibu ialah ada keluarga yang berlainan agama tetapi tinggal serumah. Ini dapat dilihat di kawasan Kpg Nangka dalam komuniti Melanau, walaupun berlainan agama mereka dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
Dalam komuniti Iban juga sama, Islam, Kristian dan Pagan atau Bahai dalam tinggal sebumbung dirumah panjang. Kaum Cina Foochow juga tiada bezanya. Ada yang beragama Kristian , ada fahaman Tao dan ada juga beragama Islam. Bahkan ramai anak cina yang dijadikan anak angkat keluarga Melayu dan kekal perhubungan saudara mara walaupun anak sudah jadi Melayu.
Setiap tahun umat Islam akan menyambut Aidil Fitri dan seluruh kampung dan taman rumah-rumah orang Islam akan dipenuhi dengan kereta-kereta orang-orang Cina , Iban dan Melanau Kristian. Begitulah hebatnya perpaduan dalam masyarakat Sibu khususnya. Senario yang sama dapat dilihat diseluruh Sarawak. Begitu juga keadaannya dalam sambutan Tahun Baru Cina.
So Pas dan Pkr jangan lah nak menghasut orang Sarawak dengan politik murahan. Baik lah naik kapalterbang dan balik semenanjung. Buat menyemak di Sibu saja.