Khamis, 27 Mei 2010

SPR PERLU ADA SYARAT BARU UNTUK JADI WAKIL RAKYAT

TM ingin mencadangkan kepada SURUHANJAYA PILIHANRAYA supaya membuat syarat baru dalam penamaan calon, selain dari surat-surat seperti pelepasan kerja yang asal , tulin dan bukan fotokopi seperti yang berlaku kepada Adun Semanggol . Syarat yang di maksudkan ialah sihat kesihatan.

Jika seseorang calon mempunyai rekod kesihatan yang buruk maka pencalonannya perlu ditolak. Yang tak mampu berjalan dan menggunakan kerusi roda pun ada hati untuk menjadi wakil rakyat. Lihat sendiri Karpal Singh...itu pun perlu di tolak.

Bayangkan seorang calon yang menang dalam PRU sebenarnya telah mempunyai penyakit 3 serangkai atau pun telah mendapat penyakit seperti gout, kanser dan sebagainya. Naik jadi wakil rakyat, dok tunjuk sijil sakit saja dan tak perlu hadir dewan persidangan.

Ini hanya satu lontaran idea yang gila-gila,,kalau baik terima,,,