Khamis, 3 Jun 2010

ANAK SAPA LAA BUDAK KECIL INI?

Gambar ini dirakamkan di salah sebuah stesen minyak di kawasan Taiping pada jam 10.00 malam, kata anak gadis ini dia bukan anak yatim tetapi pelajar sekolah agama tahfiz di Alor Star, Kedah.  Dia memulakan tugasnya sebaik selesai sekolah sebelah pagi. Hari hari mereka dibawa dengan van untuk serata tempat yang boleh untuk mencari dana membiayai sebuah tahfiz....

Kesian,,,kalau dan ada tahfiz buat apa cari dana lagi? Apakah kerajaan Pas di Kedah tak mampu membina sebuah tahfiz? Miskin sangat ker negeri Kedah sekarang ini, sehingga budak sekecil ini diperalatkan oleh sekumpulan manusia yang zolimmmmm.

Van sekolah tahfiz ini pula jenis angkut semua, boleh bawa budak kutip derma, boleh bawa orang pergi dengar ceramah dan paling menarik van tersebut boleh bawa penyokong kelab bola sepak ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir bola sepak. Agaknya duit minyak dan toll adalah hasil usaha budak-budak yang dok minta derma macam ini lah kut?

Kesian!! kalau 10 malam masih dok di Taiping, pukul berapa pula nak sampai di Alor Star? dan bagaimana nak bangun pagi untuk membuat hafazan? Kesian anak-anak orang lalat hijau ni....ZOOOLIMMM.