Khamis, 3 Jun 2010

RAJA GULA PASIR DAN RAJA PASIR

Robert Kuok ialah orang paling kaya di Malaysia, Selain dari menjadi pembayar cukai tertinggi beliau juga merupakan seorang yang telah menyebabkan ramai orang hidup menderita, ramai yang cacat dan ramai yang mati.

Selain itu dia juga paling banyak balun duit subsidi kerajaan. Mengalahkan orang miskin dalam rancangan Masih Ada Yang Sayang / Bersama mu tv3. Kalau orang miskin tu minta bantuan JKM tak sampai seribu sebulan, Robert minta hampir 2 billion setiap tahun.

Kerajaan pun akur dengan tuntutannya kerana kehendak rakyat. Paling kuat yang menyokong Robert Kuok ialah puak-puak pembangkang. Puak-puak Pas sanggup berdemontrasi menentang kerajaan jika tidak bagi wang kepada Raja Gula tersebut. Walaupun kita tahu, ramai orang Pas yang telah mati dan kena potong kaki, mereka tetap membela Raja tersebut.

Sekarang di Selangor muncul pula seorang lagi Raja, cuma raja ini tak jual gula pasir atau tak rembat subsidi dan yang paling membanggakan orang Pas dan Pkr ialah kerana dia seorang Melayu. Nak tahu siapa? Jom kita lihat...namanya suhaimi