Khamis, 24 Jun 2010

ANWAR (GA)- KHALID (TAI )


Khalid G Pilih Wanita Masih SOLO Gantikan Nik Nazmi Yang Dipecat Kerana TAK Hensem….!!!

Sedang kita memperkatakan bahawa sedang berlaku leadership crisis dalam Pakatan Pembangkang, MB Selangor membuat rombakannya mendahului rombakan PKR yang bakal diumumkan oleh Setiausaha Agung, Yb Saifuddin Nasution hujung minggu ini nanti.

Faekah Husin adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah. Faekah adalah seorang peguam yang memiliki syarikat guamannya sendiri di bandar Klang atas nama Faekah & Chong.
Wanita bertubuh kecil dan genit yang berjaya dalam kariernya ini masih belum berumahtangga dan menjadi orang paling dipercayai oleh Wan Azizah sejak tahun 1998.

Atas dasar apa Khalid G sanggup berkongsi Setpol dengan Wan Azizah..? Sedangkan masih ramai lagi pimpinan yang ada dalam Perhubungan PKR Selangor, bahkan Ketua AMK Selangor dilihat semenjak dari dulu lagi mengadu “tak ada peluang” untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor…! Setiap kali Blogmaster bertemu dengan Ketua AMK Selangor beliau akan terus bersunggut masih belum dalam apa apa lantikan dalam mana mana GLC kerajaan Khalid G.

Apakah pemecatan Nik Nazmi ini setelah Khalid G berang apabila kertas dokumen kecurian pasir “hilang” dari pejabat MB..?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin Ali adalah orang yang membawa masuk Nik Nazmi untuk bekerja di pejabat Anwar sebelum Selangor dirampas oleh kerajaan Pakatan Pembangkang… Oleh itu apabila Nik Nazmi diberikan jawatan sebagai Setpol kepada MB maka anak muda ini sebenarnya adalah mata dan telinga kepada Azmin Ali. Mungkin itulah sebabnya Khalid Lembu Gagap sudah tak tahan lagi maka terpaksa “get rid off this guy”, lalu Nik Nazmi pun dipecat secara terhormat….?

Maksud dipecat secara terhormat kerana Nik Nazmi akan mengambil alih jawatan Pengarah Corporate Affairs di Ibupejabat pusat PKR, menggantikan Johnson Chong. Semenjak pembongkaran Datuk Seri Zaharin menceritakan bahawa Si Anwar “gatal mulut” memberitahu bahawa beliau sendiri pernah menonton video lucah aksi ice cream Eli Wong, hubungan Khalid – Anwar diberitakan semakin renggang!

Inilah kali kedua Faekah Husin dilibatkan dengan PKR Selangor. Kali pertama dahulu pada 27 Februari 2007 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha kedua membantu Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor PKR ketika itu Mohd Nazmi Rosli yang sekarang ini sudah bersama dengan UMNO.

Medan Info Kita...