Lidah rasmi PKR telah menulis tajuk "FELDA BANKRAP " telah menimbulkan kemarahan warga Felda dan Umno.
Dalam persidangan tahunan Umno Bahagian Kota Raja Selangor telah pun mengadakan satu gimik membakar akhbar tabloid milik PKR iaitu Suara Keadilan.
Umno dan warga Felda seluruh negara telah lama marahkan parti pembangkang. Tahun lepas mereka telah membakar sebuah buku hasil tulisan seorang anak Felda yang tak sedar diri dari Pas. Kini lidah rasmi PKR pula telah membuat fitnah.
Dengar khabar Adun Sri Muda N 50 YB Shuhaimi Hj Shahfiei akan membuat sidang media hari ini kerana tersinggung dengan kejadian membakar Suara Keadilan dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Umno Kota Raja.
Shuhaimi yang juga digelar sebagai Raja Pasir berasa amat sedih dan terguris hati yang amat sangat apabila kitab suci mereka dibakar oleh Umno.
Itu kata mereka, tetapi bagaimana pula dengan perangai harami pihak media mereka yang tak pernah jemu menfitnah Umno. Belum pun reda kes menfitnah YAB Dato Seri Dr Zamry kononnya Amerika melarang beliau masuk ke sana dan mengarahkan kembali ke dalam kapalterbang.
Ini juga merupakan satu fitnah yang sangat biadap. Akibatnya Suara Keadilan disaman RM 100 juta oleh Dr Zamry. Anwar sebenarnya cukup berdendam dengan Dr Zamry kerana telah menolak pelawaannya untuk menyertai PKR bagi membolehkan Dr Zamry dilantik menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU 12.
Anwar memang tak setuju apabila DS Nizar Jamaluddin dari Pas disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Perak. Anwar awal-awal lagi sudah cuba untuk menginaya Pas.
Shuhaimi juga dilihat berada disebelah pihak Azmin Ali dalam isu MB Selangor. Ini jelas dalam hujahnya apabila berkata " Apa salahnya menukar MB kerana dalam UMNO Perdana Menteri pun bertukar ganti"
Sama-samalah kita tunggu dan lihat sandiwara yang dimainkan oleh Raja Pasir dalam karrier politik beliau bersama PKR. Silap haribulan namanya tidak ada lagi dalam senarai calon N50 Sri Muda.