Rabu, 30 Jun 2010

HOTEL BUDGET SIAP TETAPI GAGAL BEROPERASI

Seandainya kita berada di pekan Simpang Taiping, kawasan parlimen  P 059 yang diwakili oleh YB DS Nizar Jamaluddin kita akan dapat melihat bangunan ini.

Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan BN dan diteruskan sewaktu Dap yang memerintah Perak selama 11 bulan.

Projek ini tidak sepatutnya didirikan di kawasan perumahan kampung tersusun. Bagaimanapun oleh kerana kawtim abang adik yang kuat antara pemaju dan PBT ketika itu projek diluluskan. Siap dengan papan tanda yang disahkan oleh Majlis Perbandaran Taiping.

Jika diperhatikan di hadapan bangunan tersebut terdapat tiang dan kabel telekom yang berselirat di hadapannya.

Di fahamkan pemaju telah memohon Telekom Taiping mengalih dan mengubah tiang tersebut tetap sehingga hari ini belum dilaksanakan.

Menurut seorang yang menentang projek ini telah menceritakan bahawa projek ini adalah milik Ketua Pemuda MCA Bukit Gantang.

Beliau buat dahulu bangunan kemudian baru maju kan permohonan kepada MPT untuk kelulusan.

Beberapa orang Ahli Majlis telah membantah projek tersebut kerana ia dibina di kawasan perumahan.

Bagaimanapun ahli-ahli majlis dari Mca dan sebagainya menyokong projek tersebut kerana ia telah pun dibina. "Tak kan sudah habis juta-juta mahu roboh pulak dan pihak MPT juga bersetuju untuk diluluskan dan papan tanda projek pun ditegakkan.

Selain projek Budget Hotel ini, Ketua Pemuda Mca tersebut juga telah membangunkan satu kawasan perumahan baru bernama Sentosa Villa yang mana tanah telah dibeli oleh beliau daripada Bekas Adun Kamunting iaitu Dato Dr Abdul Malek Mohd Hanafiah.

Projek ini juga mendapat tentangan penduduk kerana ia menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat.  Pemaju membina kolam takungan yang outletnya tidak sempurna.

Paling tak seronok ialah Pemuda Mca ini terlibat dengan pembelian minyak disel subsidi atau lebih dikenali sebagai minyak kencing dari lori, bas dan nelayan di kawasan Simpang dan Matang.