Rabu, 23 Jun 2010

KENAPA PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAMAI YANG TERLIBAT DALAM KES BUANG BAYI.

Seringkali kita dikejutkan dengan berita yang disiarkan dalam akhbar, tv atau dari mulut ke mulut, mengenai kisah remaja dari sekolah agama rakyat terlibat dalam kes buang bayi yang baru dilahirkan.

Jika difikirkan memang tak masuk akal. Mana mungkin pelajar sekolah agama sanggup melakukan perbuatan terkutuk sebegitu rupa. Dua hari lepas kisah sedih melibatkan seorang remaja dari sekolah agama di Kelantan. Bukan saja bayi yang mati, malah diri remaja juga turut melayang.

Kebanyakan kes adalah berpunca daripada masalah keluarga yang porak peranda.  Banyak kes yang melibatkan anak-anak yang asalnya dari sekolah harian biasa. Remaja ini termasuk dalam kumpulan hard-core dan sering terlibat dengan kegiatan yang melanggar peraturan sekolah.

Ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah agama agar akhlak mereka dapat berubah.  Ada yang berulang alik setiap hari dan ada juga yang ditempatkan di asrama sekolah tersebut.

Pelajar ini biasanya gagal dan sukar berubah. malah dengan kawalan yang longgar oleh pihak asrama maka ramai pelajar perempuan berjaya menyusup keluar pada waktu malam untuk melakukan aktiviti songsang bersama-sama pasangan mereka, ada juga yang ditangkap oleh JKKK kerana berada di rumah kongsi bersama jejaka lombok.

Mereka sukar berubah kerana sudah ketagih, ada kes remaja menggunakan apa-apa juga objek disekeliling mereka untuk melampiaskan ketagihan mereka jika tidak dapat melakukannya dengan pasangan mereka dan paling syok nya mereka ini adalah anak-anak orang yang berkopiah putih dan berjanggut yang sering memaki hamun kerajaan,"BN yang zalim dan toghut."

Di Taiping sering juga TM mendapat maklumat kes-kes seperti ini, ramai juga yang menjadi gadis top- up, paling minima RM5 untuk satu perkhidmatan.  Untuk maklumat yang lebih tepat boleh rujuk kepada pihak hospital atau pun poli-klinik.