Sabtu, 5 Jun 2010

PAS , JUDI AND ARAK


ARAK dan JUDI menjadi modal politik hari ini bagi menutup segala masalah dalam Pas yang melanda di semua peringkat negeri and pusat.

Kelantan negeri tok guru paling banyak masalah dan isu, banyak projek tak jalan, tak siapa dan terbengkalai. Duit habis projek tak nampak. Isu balak haram dan pengeluaran balak berlebih-lebihan menjadi perkara biasa di Gua Musang. Penerokaan tanah kawasan orang asli oleh pemaju yang kononnya mendapat kebenaran kerajaan tok guru merupakan isu besar di Hulu Kelantan. Pas diam dan kalau boleh nak tutup isu ini dari menjadi tajuk utama.


Pas Selangor juga mempunyai isu besar, Khalid Samad dengan isu membenarkan Khatolik Herald menggunakan kalimah Allah, Dr Hassan Ali dengan isu baiah 3 talak dan isu  rampasan arak dan paling aib ialah Pas Selangor gagal menutup kilang arak Guiness di Sungai Way dan Carlberg di Shah Alam.  Rumah urut, premis dan premis hiburan yang menjual arak semakin bertambah. Rakyat melihat dan menanti janji-janji Pas yang dibuat sebelum PRK 12.

Kini setelah Awang Adek bercakap mengenai judi bola sepak dan mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan lesen supaya kerajaan memperolehi hasil cukai keatas judi tersebut, Pas telah menjadikan ia satu tiket loteri untuk menghentam kerajaan dan UMNO. Dato Seri Najib telah dilabelkan sebagai Bapa Judi Negara oleh puak-puak yang mengaku Islam dalam Pas.

Pas sebenarnya cuba menutup kelemahan sendiri dan cuba membesarkan isu judi bola sepak piala dunia 2010. Paling ketara ialah kegagalan menutup dua kilang arak selepas 2 tahun menguasai Selangor. Pas sebaliknya menyalahkan Umno kerana membangunkan kilang tersebut dan menyatakan kerajaan negeri Selangor tidak ada kuasa untuk menutupnya.

Inilah sikap Pas yang sentiasa betul and benar dengan berbohong dengan pelbagai muslihat seperti yahudi.