Sebuah kereta yang baik dan selamat dipandu ialah kereta yang sempurna penyelenggaraannya. Walaupun usia kereta sudah mencapai 15 atau 20 tahun , jika dijaga dengan baik maka ia bergerak lancar dan selamat dipandu. Nak ke Utara, Selatan, Timur dan Barat tidak menjadi masalah. Garenti selamat sampai.
Sebaliknya jika tuan punya kereta enggan membuat penyelenggaraan mengikut jadual atau enggan menggunakan alatganti tulin siaplah....kereta seperti ini yang akan tersadai ditepi jalan dan menghalang laluan. Kadang-kadang tengok kereta masih baru 3 atau 4 tahun tetapi rosak. Bila diperiksa punca kerosakan hasilnya ialah minyak enjin kering, blok pecah, air kering dan macam-macam lagi. Ada kereta baru pakai dan dalam garenti tetapi tayar pecah berderai. Bila ditanya berapa angin bubuh dalam tayar. selamba dia jawab. 60. psi .mahu tak pecah
Ini lah puncanya segala masalah dalam sebuah kereta. Pas diibaratkan sebuah kereta yang tidak diselenggara dengan betul. Asal minyak enjin yang kitar semula pun gasak. Tayar paste (celup) pun gasak, alat ganti tiruan pun belasah. Servis kereta pun tak payah buat. bila ada masalah jumpa tukang repair kereta bawah pokok. Pakai 3 tahun kereta dah ngok -ngek...Yang penting kereta boleh angkut seramai yang mampu. Kancil pun sumbat sampai 8 orang. Sebab tu lah kereta Pas gelong, berjalan pun macam ketam. Zaman dahulu orang Pas pakai kereta Datsun kotak atau Datsun buahulu. Tak pa lah balun macam mana pun.
La ni Pas pun teringin nak pakai Waja (kereta kerajaan kafir) pakai Perdana, Myvi , Saga SE dan macam-macam kereta keluaran Proton dan Perodua semua depa beli. Sayangnya depa buat macam bela Datsun buahulu data Datsun driving school. Godam suka hati...bila rosak kutuk kereta tak bagus, tak tahan, tak kuat, makan minyak dan macam-macam lagi. Pada hal depa yang bodoh piang. Bila trade in , orang ambil dengan harga rendah. Nasib baik lah kerajaan bagi subsidi. bagi kereta lama dapat subsidi beli kereta baru . Bukan sikit subsidi....5 ribu ringgit . walaupun kereta tu dah tahap jadi reban ayam. janji ada cukai jalan dan insuran.
Pergi Pulau Pinang jam tengah jalan sebelum masuk jambatan, kereta aircond dah rosak sebab tak servis, Pastu dok maki kerajaan bodoh sebab buat jambatan sempit, jambatan kedua pun bila nak siap. Tak guna kerajaan BN. menyusahkan rakyat. Ha ha ha...dulu puak-puak Pas ni dok kondem Tun Mahathir pasai buat jambatan. Membazir wang rakyat kononnya.
Sama kes lah dengan NKVE. Apa yang depa tak kompen. Membazir, buang duit dan sebagainya. Bila siap jalan tu lah yang depa guna hari-hari.. Bila berlaku tanah runtuh depa juga yang komplain pasai lambat buka. Mereka susah nak pergi kerja, susah nak hantar anak pergi sekolah. Masa tu Penchala Link belum siap lagi.
Kes sama juga bila Smart tunnel di tutup bila hujan lebat. Depa juga yang komplen. dah buat jalan elok-elok tutup tak bagi orang guna...bodoh kerajaan , menyusahkan orang. Sapa bodoh? Jawabnya depa (Pas ) lah yang bodo...Dah tahu terowong tu untuk mengelakkan banjir di Kuala Lumpur. bila hujan sudah tentu lah kena tutup....Dulu masa projek berjalan kutuk juga,,,,
Projek Lebuhraya bertol pun Pas kutuk, Hadi Awang kata kalau Pas buat Lebuh raya kosnya jauh lebih murah daripada yang dibuat oleh Samy Vellu, tetapi sepenggal Hadi Awang jadi MB Terengganu berapa kilometer jalan yang diabuat? Kelantan pun sama...berapa kilometer jalan baru yang Nik Aziz buat?
Kereta Pas semakin susut nilai dan semakin buruk, enjin semakin ngok ngek, cat semakin pudar dan tunggu hari sahaja untuk dijadikan TUKUN..