Isnin, 7 Jun 2010

PAS YANG GILA JUDI

Sejak Awang Adek menyuarakan cadangan agar kerajaan mengeluarkan lesen judi bola sepak. Pas jadi semacam fobia. Melompat seolah-olah lesen yang dicadangkan memberikan satu halangan atau satu sekatan kepada Pas.

Fobia Pas seperti berumah dibawah gunung, apabila ada amaran batu gunung akan runtuh , penghuni yang berumah dibawah gunung melompat mahukan kerajaan menahan batu supaya tidak runtuh. atau seperti berumah di tepi laut, bila dinding rumah sudah terjun ke laut, Pas bertempik mahukan kerajaan menahan ombak laut dari meruntuhkan keseluruhan rumah mereka.

Orang Pas dilihat seperi kaki judi yang terlalu marah kepada kerajaan dengan cadangan Awang Adek. Bila orang Umno senyap dan buat tak kisah, Pas terus melabelkan Umno sebagai Zionis dan Umno menghalalkan judi. Pada hal, lesen judi tu tak ada kena mengena dengan orang Islam. Ia hanya untuk bukan Islam yang ingin bertaruh dalam pertandingan bola sepak 11 Jun ini.

Apakah Pas fobia sebab anak-anak orang Pas ramai kaki judi agaknya, atau lelaki Pas takut depa tak tahan daulat dan rembat barang kemas bini bawa ke pajak gadai kut?

Dengan membawa isu lesen judi , Pas membuat demontrasi diserata masjid selepas solat jumaat. Pada hal kerajaan sampai sekarang belum mengeluarkan lesen lagi......Poooodah Pas...

2010/06/07
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat itu bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.



"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pasngok Pasngok,,,,,apa lah nak jadi.... Pas ingin menguasai Sarawak dan Sabah, Kalau Pas memerintah dua negeri ini alamatnya orang Melanau, Iban dan lain-lain kaum dayak tak boleh berjudi lah.....Hari ini setiap kali ada kematian dikalangan penduduk peribumi  Sarawak dan Sabah, mereka akan memohon permit polis untuk mengadakan pertandingan laga ayam yang melibatkan pertaruhan wang ringgit, begitu juga judi daun untuk beberapa hari sebelum mayat dikebumikan.. ..Ini budaya mereka, sanggupka Pas menghapuskan budaya ini?