Rabu, 23 Jun 2010
Saya Maki Depan Muka Anwar - SD Johari
Apa yang didedahkan oleh SD Johari adalah benar. Sikap diktator Anwar bukannya baru tetapi telah diamalkannya sejak mentadbir ABIM lagi. Semua pentadbiran ABIM di peringkat tertinggi dan bawahan seperti daerah adalah ditunjuk oleh beliau.
Dia tak peduli siapakah orang yang menubuhkan cawangan pada peringkat awal. Bila dia turun dia mahu orang dia, pergi mampus lah mereka yang bersusah payah membuka cawangan tersebut.
Budaya diktator juga dilakukan oleh beliau semasa menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia dan juga Timbalan Presiden Umno. Semua menteri dan wakil rakyat mesti patuh dan setia kepadanya. Siapa yang menentang beliau akan menerima padah.
Anwar terus menunjukkan kuasa di dalam Umno dan melebihi Tun Mahathir, Anwar mula mengatur strategi sulit melalui ABIM, JIM dan lain-lain NGO untuk menjatuhkan Mahathir pada tahun 1997-1998 dan menguasai pucuk pentadbiran negara.
Anwar juga berjaya meletakkan orangnya dalam Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM untuk membantu beliau naik menjadi Perdana Menteri. Agenda Anwar terserlah dengan semua media mula menghina Tun Ghafar dan menonjolkan beliau.
Anwar lupa bahawa nama beliau tidak bersih di mata PDRM. Sejak gerakan-gerakan radikal sewaktu memimpin Persatuan Bahasa di UM , setiap gerak-geri beliau di awasi, begitu juga dalam ABIM, segala aktiviti beliau bersama persatuan-persatuan pelajar baik di UM atau di UKM tetap menarik perhatian PDRM. Apa lagi selepas beliau keluar penjara dan kekerapan beliau keluar negara juga turut diekori bukan saja oleh pihak berkuasa negara kita tetapi juga CIA.
Tun Mahathir dalam diam pun berjaya meneliti tingkah laku Anwar. Akhirnya Anwar dipecat dan dilucutkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.
Kini Anwar kembali berkuasa dalam parti PKR dan budaya yang sama diterapkan dalam parti sdn bhd beliau. Suaranya suara keramat, tidak ada siapa yang boleh membantah. 'Devil in his mind', lalu gila meroyan sehingga hari ini.