Khamis, 24 Jun 2010

SEJARAH MEMBUKTIKAN ANWAR PRO YAHUDI

Saya pastekan satu artikel yang pernah diterbitkan di umno-reform sekitar tahun 2008. ketika itu media utama sedang kecoh mengenai hubungan Anwar Ibrahim dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia dan kaitannya dengan Shaha Ali Reza serta Foundation For The Future.

Ekoran kontroversi itu yang telah terdedah di media tempatan, Anwar mengambil keputusan  meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For Future. Klik di sini
Saya kira analisis umno-reform yang dimiliki oleh Anuar Mohd Nor yang pernah bekerja di IKD (Institut Kajian Dasar), badan pemikir Anwar adalah tepat untuk mengambarkan hubungan Anwar dengan zionis sejak dari zaman Timbalan Perdana Menteri hingga selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004).

Maklumat yang ditulis di blog ini, saya pernah sahkan dengan beberapa orang bekas inner circle Anwar, termasuk Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari. Boleh dikatakan semua fakta mereka adalah sama. Selamat membaca dan memberi ulasan yang sewajarnya.

Sejarah buktikan Anwar Ibrahim pro-zionis!

By aidc editor on June 18, 2010 5:43 PM 

Ketika ini negara pastinya heboh dengan isu yang melanda DSAI iaitu hubungan beliau dengan Presiden Bank Dunia yang bakal 'dibersarakan awal' Paul Wolfowitz. Jawapan DSAI saya kira wajar kerana beliau harus mempertahankan dirinya.

Yayasan bagi Masa Hadapan (Foundation for The Future) yang dipengerusikan DSAI tentunya harus lebih pentingkan masa depan, bukannya sibuk menjawab isu masa lepas.

Satu hal yang perlu direnung kembali, bagaimana serta apakah perlu DSAI terlibat dalam hal-hal demikian.
Saya menyokong pendapat pembantu DSAI, Nik Nazmi yang mengatakan bahawa DSAI telah melakukannya mengikut semua prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tiada apa salahnya DSAI menulis surat memohon perkara-perkara begitu. ( rujuk NST 18 mei 07. m/s 12)

Penglibatan DSAI dengan pemimpin-pemimpin barat ini adalah lumrah bagi beliau. Lihatlah dahulu bagaimana beliau begitu akrab dengan William Cohen (berketurunan Yahudi Amerika), bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa pentadbiran Bill Clinton.

Persahabatan ini menuntut harga yang mahal apabila DSAI dilabelkan pengkhianat serta agen asing dalam pertuduhan semasa penyingkiran beliau sebagai TPM oleh Dr. Mahathir. DSAI pernah mengatakan beliau memang berkawan baik dengan William Cohen dari tahun 70-an hingga mereka sama-sama terlibat dalam 'Rundingan Meja Bulat Piagam Pasifik', satu kumpulan pemikir dianggotai DSAI, William Cohen serta beberapa pemimpin Asia yang pro Amerika.(rujuk jurnal Institut Kajian Strategik Malaysia [ISIS] 1992 jilid 5, malahan ISIS diarah DSAI untuk menjadi sekretariat persidangan itu)

AnwarCohenberbaris by you.
Anwar disambut oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjat(tengah) dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa lawatan Anwar ke Pentagon Pentagon pada 16 April 1998. Cohen bertanggungjawab menyerang Iraq kali pertama pada tahun 1998


anwar-Cohen-redcarpet
Red Carpet : Perhatikan layanan Amerika Syarikat terhadap Anwar. Anwar diberi penghormatan tertinggi dengan tembakan meriam dan red carpet. Bukan calang calang orang yang boleh mendapat penghormatan sedimikian rupa. Apakah Anwar itu begitu hebat dan penting kepada Amerika sehingga memberikan penghormatan sedimikian?

Persidangan tersebut diadakan tiap-tiap tahun di Kuala Lumpur sehinggalah DSAI disingkirkan dari Kabinet pada 1998. Semasa lawatan rasmi DSAI ke AS, beliau telah diberi sambutan karpet merah serta tembakan meriam walaupun hakikatnya sambutan tersebut adalah untuk Ketua Negara sahaja. Setelah 1998 nama William Cohen sbg sekutu rapat DSAI kurang didengari.

Semasa krisis kewangan 1998, antara faktor DSAI disingkir adalah kerana DSAI begitu rapat dengan Michel Camdessus, Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF), sehingga DSAI dikatakan sanggup 'menjual Malaysia' semata-mata mahu memenuhi keperluan IMF agar Malaysia meminjam serta mengikuti pakej-pakej pemulihan IMF.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9cCqyYrgapbr2z50WnmpL3pNFTHuqEMNvZERGC83Fdhw-iEJKSPSqkSJohllaE8W0pDGCWYq9jb3r2MOl4L-zt5k4YFOluWpTBIVZBEblis9qUa4RYrCdiWSNDrGLMZnVmR9djq4c8hg/s320/AnwarCamdesssusTV3.jpg
Anwar adalah 'anak emas' Bank Dunia & IMF. Kelihatan Anwar sedang berpelukan dengan Michel Camdessus. Pengarah Urusan IMF, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Hubungan DSAI dengan Michel Camdessus ini begitu rapat hingga pertemuan demi pertemuan di atur samada di Malaysia atau luar negara. Hubungan rapat mereka turut tidak disenangi Singapura, malahan Dr. George Yeo, Menteri Kewangan Singapura ketika itu dalam satu kenyataan sinis secara terbuka menyifatkan Malaysia lebih beruntung berbanding Singapura kerana mempunyai DSAI yang begitu baik dengan IMF ( rujuk Singapore Straits Time 18 okt 97).

Michel Camdessus sekarang adalah ketua Paderi di Vatican City, Itali dan seorang Kristian ortodoks yang taat.

DSAI ada bertemu dengan Michel baru-baru ini di Rome, Itali dalam satu persidangan 'Perbincangan Masa Hadapan Dunia'.

Semasa DSAI dalam tahanan, muncul Madeleine Albright( juga Yahudi Amerika), bekas setiausaha Negara AS sebagai sekutu kuat DSAI. Madeleine Albright semasa menghadiri persidangan di Kuala Lumpur telah secara terbuka mencerca kerajaan Malaysia agar segera membebaskan DSAI.

http://farm3.static.flickr.com/2655/4132620197_d661db037f.jpg

Madeleine juga dengan gembira menerima kunjungan Dr. Wan Azizah yang ingin sangat-sangat menemui Madeleine, walaupun dibantah oleh kerajaan Malaysia. Dr. Wan Azizah juga semasa kunjungan ke Amerika Syarikat telah beberapa kali menemui Madeleine di rumah Madeleine.

Lawatan Nurul Izzah ke AS beberapa kali juga telah dibiaya National Democratic Institute (NDI) yang diketuai oleh Madeleine Albright, dengan Nurul Izzah mengikuti kursus jangka pendek di institut tersebut. NDI dalam Laporan tahunan 1999-2000 telah melapor menyediakan geran permulaan bagi pembiayaan kursus-kursus pendek berbentuk kepimpinan untuk tenaga-tenaga muda Asia termasuklah Nurul Izzah.

Madeleine Albright juga antara pelobi utama yang giat melobi sokongan AS untuk DSAI dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB. DSAI telah bertemu Meadeleine dalam beberapa kunjungan beliau ke AS baru-baru ini.

Bekas Naib Presiden AS Al Gore semasa mesyuarat APEC di Kuala Lumpur telah secara terbuka menyebut perkataan reformasi semasa berucap di hadapan puluhan pemimpin Negara termasuklah Dr. Mahathir.

Anwar_AlGore2
Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore, yang melabur dana sebanyak $10 million kepada  GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan


Hubungan baik DSAI dengan Al Gore ini masih berterusan hingga sekarang. DSAI adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Timur Barat (East West Foundation) yang berpusat di AS dengan diketuai oleh Gore sendiri. Peranan yayasan ini kononnya adalah untuk mencari titik pertemuan antara Islam dan Barat selepas insiden September 11.

Pertemuan mereka adalah berkala 2-3 bulan sekali di AS dan DSAI menerima gaji bulanan dari yayasan ini. Dipercayai jumlahnya lumayan namun DSAI tidak pernah mendedahkan hal ini kepada awam.

Beliau sering menyatakan menganggotai suatu pertubuhan antarabangsa untuk mencari titik penyelesaian antara Islam dan Barat, namun tidak pernah menyatakan yayasan tersebut diketuai oleh seorang Kristian yang menggunakan dana AS untuk mengaburi pandangan umat Islam Malaysia. Ini sesuai dengan DSAI yang berpandangan liberal terhadap Islam serta tidak keras menentang Barat.

JimWolfenson_Anwar
Anwar bergambar dengan James Wolfensohn selepas mesyuarat di London 2010. Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika Syarikat yang pernah menjadi Presiden Bank Dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian perbankan Yahudi, antaranya dalam Salomon Brothers, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Pemegang Amanah the Brookings Institution dan the Rockefeller Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relations)

Seorang lagi teman baik DSAI ialah James Wolfenson, bekas presiden bank Dunia yang juga berketurunan Yahudi Amerika. Beliau banyak membiayai perbelanjaan-perbelanjaan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali semasa DSAI dalam penjara.

Rekod Imigresen menunjukkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali beberapa kali ke AS untuk bertemu James sbg Presiden Bank Dunia ketika itu untuk menerima bantuan kewangan. James semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan APEC di Langkawi tahun 2000, singgah di Kuala Lumpur bertemu Dr Wan Azizah di 'VIP Lounge' KLIA.

Rekod buku pelawat Malaysia Airport Holding mencatatkan nama James dan Dr. Wan Azizah. Pertemuan tersebut diatur oleh Azmin Ali. Hubungan DSAI dengan James Wolfenson masih akrab hingga kini.

Saya ingin menarik perhatian tulisan Johan Jaafar, Berita Minggu 20 mei 2007 dalam ruangan Di Luar Lingkaran. Beliau menyentuh tentang jutawan media Rupert Murdoch, hartawan berketurunan Yahudi Australia.

DSAI juga sebenarnya punya hubungan baik dengan Rupert Murdoch serta mendapat pembiayaan dari Murdoch hingga kini. Jika Azmin mendapat tajaan USD 5000 sebulan dari syarikat Murdoch 'Sky TV' yang berpangkalan di Hong Kong, bayangkan berapa yang DSAI dapat., yang pasti tentunya lebih banyak jumlah dari Azmin.

Liputan meluas DSAI dari media-media antarabangsa adalah jawapan kepada hubungan baik DSAI-Murdoch. Semua media yang dikuasai Murdoch terlalu banyak memberi ruang kepada DSAI, seolah-olah tiada batasan dan DSAI juga dilihat bersikap 'tidak hairan' jika tidak mendapat liputan dari media-media tempatan.

Selepas DSAI dibebaskan, beliau begitu dialu-alukan di dunia Barat. Tentunya ini sokongan dari AS dan salah seorang yang memberi tempat untuk DSAI ialah Paul Wolfowitz. Wolfowitz telah menggunakan pengaruhnya sbg Timbalan Setiausaha Pertahanan AS ketika itu [Wolfowitz pernah mengajar di universiti tsb] menempatkan DSAI di Georgetown University dengan memberinya pelbagai kemudahan termasuk kebebasan untuk bergerak ke serata dunia biarpun punya komitmen dengan universiti.

anwar-rubin-wolfowitz1
Anwar Ibrahim (tengah) diapit oleh dua tokoh zionis yang terlibat sebagai arkitek perang di Amerika Syarikat, di Hotel Washington DC, pada tahun 2005.  Dari kiri Sir William S Cohen,(dari parti Demokrat) seorang bangsa Yahudi yang pernah dilantik menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Semasa Anwar jadi TPM, Cohen membawa Anwar bermesyuarat empat mata di Pentagon pada 16 April 1998. Manakala di sebelah kanan adalah Paul Wolfowitz, dari parti Republikan, seorang Yahudi yang pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Agak mencurigakan seorang pensyarah universiti yg kemampuan kewangan terhad, bebas ke seluruh dunia mempromosi demokrasi serta Islam ala Amerika. Wolfowitz juga memberikan tempat kepada DSAI di Bank Dunia ketika beliau menjadi Presiden dengan pengkhususan DSAI mempengaruhi negara-negara islam Timur Tengah agar lebih liberal dengan dasar kewangan ala Amerika.

Wolfowitz juga menggunakan pengaruh beliau terhadap bank-bank di Timur Tengah untuk menerima DSAI sebagai pengerusi/perunding agar bank-bank ini tidak terlalu keras dengan Bank Dunia.


Yayasan bagi Masa Hadapan hanyalah cebisan kecil kisah DSAI dengan dunia barat. Selain ia melibatkan kewangan jutaan dolar, ia juga menghakis kepercayaan masyarakat kita kpd DSAI. Tentu sebagai seorang yang punya intergriti, beliau punya pilihan untuk tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara syubahah [syubahat]. Bukannya beliau tidak pernah difitnah kerana persahabatan dengan Barat dan Yahudi walaupun beliau menyatakan tidak salah berkawan dengan mereka. Sekarang bukan saja beliau meneruskan tradisi itu malahan menggiatkannya lagi.

DSAI lebih rela berpaut di dahan barat daripada menjaga hati penyokong-penyokongnya yang mahu beliau menjarakkan diri dari dunia Barat. Beliau tidak pernah belajar dari kesilapan beliau masa lampau, sebaliknya hanya berfikir bagaimana beliau boleh terus diterima masyarakat tempatan dan antarabangsa ; dengan kata lain MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI!

Beliau boleh memilih untuk menyokong Islam daripada barat , bermunajat di rumah, daripada menari di atas pentas, serta muhasabah diri, dari terus menyalahkan orang lain setiap kali timbul isu yang menghakis kepercayaan masyarakat terhadap beliau. Namun beliau memilih untuk teguh dengan kepercayaan yang beliau rasakan benar, tidak mahu mendengar pendapat cendikiawan lain serta dengan angkuh mengatakan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan dengan perlakuannya itu.

Buat DSAI, hentikanlah menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah. Cermin serta renunglah diri sendiri lalu bertanya, "kenapa aku jadi begini" dengan rasa insaf dan tawadhu'. Jika beliau terus melakukan kesalahan demi kesalahan, inilah belang sebenar manusia bernama Anwar Ibrahim, beliau dianiayai oleh diriya sendiri yang angkuh, bongkak serta sombong !!!

umno-reform