Jumaat, 16 Julai 2010

Anwar DiDokong AS

KUALA LUMPUR 16 Julai -- Tingkah laku serta perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi menunjukkan beliau memang mempunyai hubungan dengan pihak luar terutamanya di Amerika Syarikat.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, pembabitan Anwar dengan pihak luar bukan perkara baru malah sudah terjalin ketika beliau berada di dalam kerajaan dahulu, keadaan makin terserlah sejak menjadi Ketua Pembangkang.

"Kalau kita lihat ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia diberi sambutan karpet (permaidani) merah oleh pihak Amerika, selepas dia keluar dari penjara, apabila pendakwaraya menuduh pelakuan dengan Saiful , Amerika menekan kita supaya melepaskan dia dari tuduhan itu. Ini menunjukkan tentu ada klobirasi atau hubungan erat dengan pihak Amerika.

"Dari segi ekonomi, ketika dia menjadi Menteri Kewangan pada 1998, dia telah menaikkan kadar faedah sehingga peniaga tidak mampu meminjam duit dan membayar hutang atas arahan Amerika atau mungkin arahan CIA cuba untuk melumpuhkan ekonomi negara ini," katanya ketika diminta mengulas berhubung laporan yang menyatakan Anwar sebagai alat CIA.

Sementara itu, ketika mengadakan sidang media di parlimen kelmarin, Anwar mengatakan hanya UMNO sahaja yang percaya kepada laporan yang mengatakan beliau alat CIA.

Dr Mohamad berkata, laporan yang disiarkan oleh media mengenai Anwar sejak kebelakangan ini bukannya dilakukan oleh UMNO tetapi didedahkan oleh pihak luar seperti penulis blog, Elaine Meinel Supkis dan Presiden Trevino Strategies & Media, Joshua Trevino yang berpengkalan di luar negara.