YB Zulkifli Nordin menyelar sikap dua alam Anwar Ibrahim. Dalam kes liwat , Anwar akan mengkritik dan mencela sistem perundangan jika merugikan beliau tetapi dalam keadaan tertentu Anwar menggunakan mahkamah untuk menyaman orang lain.
Contoh terbaru ialah Anwar akan menyaman KJ kerana menfitnahnya dalam ucapan beliau dalam satu majlis di Kuala Kangsar.
Oleh itu Anwar ketika ini menyokong sistem kehakiman jika menguntungkan beliau, mengkritik jika sistem kehakiman tidak memihak kepada nya.
Anwar menyatakan ia satu fitnah untuk menjatuhkan karier politiknya. Mahkamah tidak boleh dipercayai, mahkamah Umno dan korup. Bagi Anwar sistem kehakiman di negara ini sudah mati. Itu jika mahkamah tidak memihak kepada nya.
Andainya sistem kehakiman tidak boleh diguna pakai, tak telus dan korup, kenapa Anwar menfailkan saman-samannya di mahkamah. Tidak kah mahkamah itu korup dan mundur.