Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.[ MESEJ MAZHAB APA?]
Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.[ NGO ? SEPERTI MAFREL, JIM , JI, IKRAM, SUARAM, DLL]
PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.[ INGATKAN KERANA BALAS DENDAM PEMIMPIN PAS YANG KALAH DALAM PEMILIHAN PRESIDEN UMNO 1949]
PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.[ SEPERTI MENJERIT-JERIT DI JALAN RAYA, BERGULING ATAS JALAN, MEMBALING BATU KE ARAH POLIS, MEMBALING KAYU KE ARAH KERETA POLIS, MEMBUAT HURU HARA DALAM DEWAN DUN, TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA JIKA KALAH DI MAHKAMAH, DLL]
PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.[ BARU SEKARANG BUKA PINTU KEPADA BUKAN ISLAM DAH RIUH, BN DAH LAMA MELAKSANAKANNYA]
PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. [ SEPERTI MEMBENARKAN KATOLIK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH, MEMBERI 999 TAHUN TANAH KEPADA BUKAN MELAYU DAN MELAYU KEKAL 99 TAHUN DI PERAK, PAS INGIN MENGHAPUSKAN KUASA RAJA TU PUN MEMPERTAHANKAN HAK ISTIMEWA MELAYU KA?]
PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.
[ APA KAH LANGKAH YANG TELAH DI BLUEPRINT KAN OLEH PAS? HABUK PUN TAK ADA]
PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal. [ MENGHALALKAN PERNIKAHAN DI SIAM, HALALKAN KHALWAT DI HOTEL PERDANA , HALALKAN HOMOSEKSUAL, HALALKAN LESEN BABI, LESEN ANJING, LESEN ARAK, JUDI HARAM DLL]
PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini. [ PAS FOR ALL= ISRAEL FOR ALL]
Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.[ DARUL WAT BUDHA, DARUL MARKAZ PAS, DAN RUNTUH MASJID]
Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.[ USAHA TERDESAK PAS UNTUK PRU 13, PERAK 6 KERUSI, PENANG 1 KERUSI, PARLIMEN 60 KERUSI/ PARTI ISLAM TERBESAR?]