Khamis, 1 Julai 2010

FELDA OH FELDA

Hj Saad bin Jamaluddin dari Felda Bera telah diberitahu oleh pihak penganjur bahawa 10,000 orang akan berhimpun hari ini.Beliau tiba di Kuala Lumpur bersama sama peneroka lain dari kawasan Keratong dengan menaiki dua bas yng disewa khas.Ketika sesi temuramah, kurang daripada 100 orang sahaja yang kelihatan.


Menurut Hj Saad, tujuan mereka turun ke Kuala Lumpur ialah untuk menyerah memorandum kepada Suhakam bagi mengadu mengenai tuntutan mereka kepada Felda. Menurut beliau Felda telah memotong gaji mereka selama 15 tahun bagi tujuan tanaman semula. Jumlah terkumpul telah mencecah RM17,000.

Saya difahamkn Felda meletakkan berbagai syarat bagi mereka mengeluarkan wang tanaman semula tersebut. Antara nya ialah kawasan kebun hendak lah di bersihkan terus dari pokok2 lama. Hanya separuh sahaja wang yang dapat diguna oleh peneroka sementara yang separuh lagi akan diuruskan oleh pihak Felda bagi membeli baja dan sebagainya bagi tujuan tanaman semula.

 Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Felda (ANAK). Beliau yang berasal dari Johor merupakan calun PAS bagi Parlimen Bera, Pahang pada PRU 12 yang lalu . Beliau tewas kepada Ismail Sabri calun BN.


Tuduhan terhadap Felda tidak berasas - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA 25 Feb. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tuduhan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melakukan penindasan dan penyelewengan terhadap para penerokanya tidak berasas.

Beliau yang ditugaskan membantu Perdana Menteri menjaga hal ehwal Felda berkata, kerajaan melalui Felda sebagai agensi perladangan negara melakukan apa yang disifatkan sebagai terbaik untuk peneroka masa kini dan juga keturunan mereka yang akan datang.

''Kita menafikan dakwaan yang dibuat oleh Anak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam yang antaranya membabitkan Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 (GSA). Ia dikatakan menindas dari segi soal tanaman semula, wang tanam semula peneroka, perjanjian, ladang dan sebagainya.

''Ia sekadar satu mainan politik pihak tertentu yang ingin memecahbelahkan keharmonian warga Felda sejak ia ditubuhkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini hari ini.

Pada majlis sama, MFBM turut menyerahkan memorandum membantah cubaan Anak untuk memporak-perandakan gagasan Felda.

Turut hadir Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap.

Semalam, MBFM menyerahkan memorandum yang sama kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang menyatakan bahawa Anak yang kononnya mewakili golongan belia merupakan pertubuhan tidak berdaftar dan berniat cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Pada hari yang sama, MBFM turut membuat laporan polis terhadap Anak dan Pengerusinya, Mazlan Aliman.

Sehubungan itu, Ahmad memberitahu, beliau berharap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan polis yang dibuat oleh MBFM itu. 



MINAQ JINGGO